Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

14) PERUMAHAN SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek-projek bagi Program Ceria yang sedang dilaksanakan di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara terperinci.

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah bantuan atau peruntukan yang telah disalurkan pada tahun ini adalah sebanyak RM3,126,937.14 untuk 18 projek. Kerja-kerja yang dilakukan adalah meliputi pembaikan seperti :

    • Bumbung
    • Lif
    • Sesalur Hujan
    • Tong Sampah
    • Mengecat
    • Tangga

     

    Perincian projek bagi Program Ceria yang sedang dilaksanakan di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) adalah seperti di LAMPIRAN 1.

  2. Terdapat perbezaan perkhidmatan antara flat kos rendah, sederhana rendah dan rendah oleh pihak PBT, apakah solusi yang boleh dilaksanakan?

    Disediakan oleh Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan dan diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan.