Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

267) PERUMAHAN-PERUMAHAN KUARTERS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan Kerajaan Negeri terhadap perumahan-perumahan kuarters sama ada milikan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan yang usang dan terbiar di Kuala Kubu Bharu

    Kerajaan Negeri bercadang untuk merobohkan perumahan-perumahan kuarters milikan Kerajaan Negeri yang usang dan terbiar di Kuala Kubu Bharu di mana penyelenggaraannya di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Selangor. Walau bagaimanapun, buat masa ini perobohan masih belum dapat dilaksanakan memandangkan tapak-tapak kuarters berkenaan masih dalam proses

  2. Apakah cadangan Kerajaan Negeri terhadap rumah kuarters berdekatan dengan pasar awam Ulu Yam Baru?

    Kuarters berdekatan dengan pasar awam Ulu Yam Baru adalah di bawah seliaan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Terdapat empat (4) buah kuarters di mana satu (1) daripadanya masih diduduki oleh kakitangan MDHS, manakala tiga (3) buah lagi adalah dalam keadaan usang dan sedang dalam proses untuk dirobohkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.