Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
42) PERUMAHAN PENDUDUK KAMPUNG KEDUNDUNG U4 SHAH ALAM
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan penduduk-penduduk yang terlibat dapat membina rumah dengan selamat dan selesa?
Perumahan penduduk Kampung Kedondong di Seksyen U4, Shah Alam adalah merujuk kepada pembangunan di bawah Tetuan Juta Permai (M) Sdn. Bhd. yang berkeluasan keseluruhan kawasan pemajuan seluas 167.80 ekar.
Untuk makluman Kebenaran Merancang Pelan Susunatur kali terakhir diluluskan bagi pembangunan di bawah Tetuan Juta Permai (M) Sdn. Bhd. adalah pada 14 Februari 2012 di mana termasuk penempatan semula pembangunan penduduk Kampung Kedondong sebanyak 242 lot sesebuah yang diluluskan.
Di tapak juga pihak pemaju telah menyediakan infrastruktur jalan yang lengkap bagi kemudahan akses kepada penduduk untuk pembinaan rumah di atas lot sesebuah yang telah diluluskan dengan syarat pihak pemilik tanah hendaklah mengemukakan permohonan di Majlis untuk kelulusan pendirian bangunan rumah supaya dapat mengikut prosedur yang betul dan selamat dibina.
-
Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan bahawa keadilan penduduk telah di bela?
Untuk makluman pembangunan yang berada di atas tapak bagi penduduk Kampung Sungai Kedondong di Seksyen U4 iaitu dibawah pemaju Tetuan Juta Permai (M) Sdn. Bhd. telahpun diambilkira oleh pemaju dengan memperuntukan tanah-tanah lot sebanyak 242 lot kediaman sesebuah dan disediakan infrastruktur yang lengkap sama taraf dengan kawasan perumahan yang secara konvensional dan pihak Majlis juga telah meluluskan pelan yang telah mematuhi semua syarat-syarat teknikal bagi memastikan ianya mengikut spesifikasi yang standard