Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
38) PERUMAHAN MISKIN BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Perumahan Miskin Bandar yang terdapat di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan raya Umum ke-13. Bilakah Perumahan Miskin Bandar tersebut boleh dilaksanakan?
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas, manifesto yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat adalah merupakan Perumahan – Tempat Kediaman Untuk Semua dan ianya bukanlah Perumahan Miskin Bandar. Melalui Manifesto tersebut dimaklumkan bahawa sebanyak RM100juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang bertujuan merangka dasar perumahan secara menyeluruh khususnya bagi menyediakan rumah mampu milik yang bermutu serta menguruskan projek-projek perumahan lain yang mengutamakan tahap kemampuan rakyat untuk
Selain itu, penambahan perumahan mampu sewa di bandar-bandar raya dan bandar-bandar bagi keluarga yang tidak mampu memiliki rumah persendirian. Kerajaan Negeri menamakan projek ini sebagai Council Homes yang mana ianya diuruskan oleh Pihak berkuasa Tempatan (PBT). Setakat ini, sebanyak 719 unit rumah Council Homes telah diadakan di lima (5) PBT iaitu Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Manifesto ini masih dalam penelitian Kerajaan Negeri dari segi perlaksanaan dan bajet. Ianya akan dilaksanakan dalam masa kedua-dua aspek ini telah diperhalusi.
-
Sejauh mana peruntukan tersebut untuk DUN-DUN lainnya?
Buat masa ini tiada peruntukan khusus untuk DUN-DUN