Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

136) PERUMAHAN (MASALAH PERUMAHAN TERBENGKALAI)

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebelakangan ini terdapat terlalu banyak projek perumahan yang terbengkalai di dalam Negeri Selangor. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap pemaju-pemaju perumahan yang terlibat supaya hak dan kepentingan pembeli-pembeli rumah projek terbengkalai ini terpelihara

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa telah
    mengambil tindakan ke atas pemaju perumahan yang projeknya terbengkalai di mana
    nama-nama Lembaga Pengarah yang diperoleh daripada SSM yang disenaraihitamkan
    dan diedarkan kepada semua PBT di samping dipaparkan dalam laman web bagi
    membantu pembeli mengetahui kredibiliti pemaju projek perumahan yang mereka
    berhasrat untuk membeli. Di samping itu nama-nama yang disenaraihitamkan tidak akan
    dibenarkan untuk melaksanakan apa-apa pembangunan di Negeri Selangor walaupun
    memiliki syer di bawah syarikat pemaju yang lain termasuk membuat permohonan untuk
    pembangunan tanah. Kerajaan Negeri juga sebagai tindakan terakhir akan mengambil
    tindakan perampasan tanah sekiranya wujud pelanggaran peruntukkan di bawah Kanun
    Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah S.100 KTN dan
    pelanggaran syarat di bawah S.129 KTN bagi memastikan hak pembeli terhadap
    hartanah mereka terjamin.

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk membantu pembelipembeli rumah di projek terbengkalai di Negeri Selangor ini.

    Kerajaan Negeri sememangnya amat prihatin ke atas nasib pembeli-pembeli rumah
    yang terlibat dengan projek terbengkalai. Walaupun begitu Kerajaan Negeri hanya boleh
    mengambil tindakan secara pentadbiran sahaja bagi membantu pembeli-pembeli
    tersebut. Beberapa langkah proaktif diambil ke arah membantu pembeli-pembeli projek
    terbengkalai tersebut bagi memahami situasi yang mereka hadapi dan bertindak
    sebagai pemudah cara dalam menasihati mereka bagi mengatasi masalah yang
    dihadapi dalam menyalurkan aduan tersebut kepada pihak yang berkaitan seperti
    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bank dan Pihak Berkuasa
    Tempatan.

    Langkah-langkah lain yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam membantu pembeli
    adalah seperti berikut :
    1) Membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak supaya tindakan yang
    diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan badan yang terlibat di mana
    persetujuan untuk memulihkan perlu diperoleh daripada sekurang-kurangnya 85%
    daripada pembeli.
    2) Bagi projek terbengkalai di bawah KPKT, ia akan dirujuk kepada Kementerian untuk
    mendapatkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat
    berurusan dengan pihak bank terlibat dalam menyusun semula pembiayaan
    pinjaman di samping tidak mengenakan faedah disebabkan projek terbengkalai.
    Bagi kes-kes yang tidak berdaftar di bawah KPKT, LPHS akan mengeluarkan surat
    pengesahan projek tersebut adalah terbengkalai.
    3) LPHS juga akan mengadakan perbincangan dengan pemaju terbabit bersama
    semua jabatan teknikal termasuk pihak bank sekiranya projek tersebut berdaya
    maju dan boleh dipulihkan dengan tujuan mempercepatkan kaedah pemulihan
    projek dengan mengenakan syarat minima bagi membolehkan projek disambung
    semula dengan kos tambahan yang minima tanpa mengabaikan isu-isu
    keselamatan.
    4) Bagi pemaju yang menghadapi masalah kewangan, LPHS akan mengatur
    pertemuan dengan pembiaya-pembiaya bagi melihat pendekatan yang sesuai dalam
    membantu pemaju-pemaju menstruktur semula pembiayaan titian (bridging loan)
    supaya projek boleh diteruskan. Sekiranya masih gagal dan terdapat
    pemaju/kontraktor berwibawa yang berminat memulihkan projek berkenaan LPHS
    akan mengemukakan cadangan pemulihan tersebut kepada KPKT untuk membuat
    keputusan.
    5) Bagi pemaju-pemaju yang sedang dalam proses atau telah digulung, perbincangan
    dengan pihak Jabatan Insolvensi Malaysia akan diaturkan dari masa ke semasa
    untuk menyemak sama ada LPHS boleh mencadangkan mana-mana
    ‘liquidator’/Pegawai Penerima yang berwibawa bagi mempercepatkan pemulihan
    semula projek terbengkalai. Bagi projek-projek yang telah diletakkan di bawah
    ‘liquidator’/Pegawai Penerima pula perbincangan akan dijalankan bersama
    ‘liquidator’/Pegawai Penerima terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam
    memulihkan projek yang terbengkalai.
    6) Bagi projek yang boleh dipulihkan di mana melibatkan kenaikan kos, LPHS akan
    melantik Juruukur Bahan untuk menilai semula kos pemulihan projek tersebut yang
    bertujuan untuk memaklumkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli
    sekiranya projek itu ingin diteruskan.
    7) LPHS juga memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang boleh
    diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian Perumahan Dan
    Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan
    Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan
    Pelesenan) 1989.
    c) Sehingga 30 Jun 2009, terdapat sebanyak 134 projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor melibatkan
    48,360 pembeli. Pecahan projek terbengkalai mengikut PBT adalah seperti berikut :
    BIL KAWASAN PBT PROJEK PERUMAHAN PROJEK KOMERSIAL PROJEK INDUSTRI PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG JUMLAH PROJEK SEHINGGA 30 JUN 2009 JUMLAH UNIT SEHINGGA 30 JUN 2009
    1
    Majlis
    Perbandaran
    Klang
    20 6 1 – 28 4,143
    2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3 4 – – 7 2,996
    3 Majlis Bandaraya Shah Alam 15 1 1 – 17 5,165
    4
    Majlis
    Perbandaran
    Subang Jaya
    3 4 – – 7 7,830
    5
    Majlis
    Perbandaran
    Ampang Jaya
    10 1 – – 11 2,924
    6
    Majlis
    Perbandaran
    Kajang
    11 – – – 11 4,672
    7
    Majlis
    Perbandaran
    Selayang
    7 3 – 2 12 2,504
    8
    Majlis
    Perbandaran
    Sepang
    9 – – – 9 4,004
    9
    Majlis Daerah
    Kuala
    Selangor
    10 – – 2 12 7,205
    10 Majlis Daerah Hulu Selangor 6 1 – 5 12 5,955
    11
    Majlis Daerah
    Kuala
    Langat
    6 2 – – 8 962
    Jumlah

  3. Berapakah jumlah bilangan projek-projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor sehingga kini.

Lampiran

Tiada Lampiran.