Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
209) PERUMAHAN MAMPU MILIK
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pencapaian kerajaan dalam pembinaan perumahan mampu milik?
Untuk makluman Yang Berhormat, secara keseluruhannya sehingga kini sebanyak 1,546 unit Rumah Mampu Milik sedang dibina oleh anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:
Bandar Baru Bangi PKNS 124 Dijangka siap Mac 2013
Bukit Botak, Selayang PKNS 1,422 Dijangka siap Disember 2012
Jumlah 1,546 Bagi perancangan pula sehingga kini sebanyak 10,696 unit rumah mampu milik telah dikenalpasti untuk dibina oleh PKNS bagi tempoh tahun 2013 sehingga tahun 2018. Pecahan perancangan projek perumahan mampu milik adalah seperti berikut:
- Perancangan oleh PKNS
Petaling Seksyen U12 Shah Alam 1,104 Seksyen U10 Shah Alam 600 Gombak Kg. Seri Temenggong 418 Kota Puteri 714 Klang Bandar Sultan Sulaiman 240 Jalan Md Sudin 210 Sepang Selangor Science Park 2 350 Seksyen 1D (Fasa 1) 490 Kuala Selangor Seksyen 5 Kota Puteri 214 Hulu Selangor Antara Gapi (Fasa 1) 129 Antara Gapi 1,227 Bernam Jaya 5,000 Jumlah 10,696 - Perancangan oleh Pemaju Swasta
Petaling Seksyen U10 Shah Alam 536 Pekan Baru Sg. Buloh Shah Alam
230 Hulu Langat Kajang 57 Klang Bandar Botanik 214 Jumlah 933 -
Apakah pencapaian skim tersebut oleh sektor swasta?
Bagi pemaju swasta pula, ketika ini sebanyak 136 unit Rumah Mampu Milik yang dibina di Cheras Kajang oleh pemaju Tetuan Sin Heap Lee Bhd.
Bagi perancangan pulam sebanyak 9 projek yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan Projek Rumah Mampu Milik dengan anggaran melebihi 933 unit. Pecahan projek adalah seperti berikut:
Petaling Seksyen U10 Shah Alam 536 Pekan Baru Sg. Buloh Shah Alam
230 Hulu Langat Kajang 57 Lot 1024 Cheras Belum dimuktamadkan
Klang Bandar Botanik 214 PT 18288 Bandar Klang Belum dimuktamadkan
Jumlah 933