Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
160) PERUMAHAN MAMPU MILIK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Penghuraian Exco Perumahan tentang pecahan pembinaan perumahan mampu milik mengikut daerah
Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mulai tahun 2010 sehingga 28 Februari 2015, terdapat sebanyak 81 projek cadangan perumahan mampu milik dan Rumah Selangorku yang melibatkan 32,659 unit telah dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Bilangan pembangunan ini adalah mengikut dasar terdahulu yang telah diluluskan dan Dasar Rumah Selangorku mengikut pecahan projek seperti berikut:
BIL. DAERAH BIL. PROJEK BIL. UNIT 1. Hulu Langat 22 5,608 2. Petaling 21 9,987 3. Gombak 9 3,006 4. Klang 8 3,700 5. Kuala Selangor 8 2,743 6. Sepang 7 3,324 7. Kuala Langat 3 4,082 8. Hulu Selangor 3 209 9. Sabak Bernam – – JUMLAH 81 32,659 Nota : Jumlah unit ini adalah merupakan jumlah anggaran berdasarkan cadangan atau kelulusan sedia ada tanpa melibatkan pindaan terhadap pelan pembangunan yang diluluskan -
Berapakah keluasan tanah yang diperlukan untuk pembinaan rumah mampu milik dan berapa unit rumah yang boleh dibina dikawasan yang ditetapkan?
Bermula 1 Januari 2014, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dasar perumahan yang baru yang dikenali sebagai Dasar Perumahan Mampu Milik (Rumah Selangorku) bagi menggantikan dasar perumahan sebelum ini yang dikenali sebagai Dasar 20:20:10 (bagi kawasan Dalam Lembah Klang) atau 20:10:10 (bagi kawasan Luar Lembah Klang) yang telah digunapakai sejak dari tahun 2000 lagi.
Pengenalan Dasar Rumah Selangorku ini mengambil kira keperluan bagi penyediaan rumah dengan harga jualan RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit mengikut jenis dan saiz serta berdasarkan kawasan pembangunan perumahan yang telah dipecahkan kepada tiga (3) Zon iaitu Zon 1 (kawasan bandar utama dalam Lembah Klang), Zon 2 dan Zon 3 (kawasan Luar Bandar / luar Lembah Klang). Syarat keperluan penyediaan Rumah Selangorku adalah di antara 20% sehingga 50% daripada keseluruhan unit rumah yang perlu dibina bagi sesuatu kawasan pembangunan berdasarkan kepada keluasan saiz tanah pembangunan.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina rumah mampu milik di Dun Kajang?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mensasarkan setiap daerah sekurang-kurangnya mempunyai satu projek Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) yang dibina oleh Kerajaan Negeri. Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai perancangan khusus atau peruntukkan untuk menyediakan Rumah Selangorku di DUN Kajang.
Walau bagaimanapun, sehingga Februari 2015, Kerajaan Negeri melalui MMKN telah meluluskan 7 projek perumahan mampu milik yang dibangunkan oleh pemaju swasta yang bakal menyediakan sebanyak 1,459 unit di kawasan DUN Kajang. Perincian pembangunan tersebut adalah seperti berikut:
Bil Pemaju Projek Bil Unit 1 TPPT Sdn. Bhd. Pembangunan Perumahan Rumah Selangorku (Jenis D) Di Atas Lot 43783, Mukim Kajang Daerah Hulu Langat 57 2 Regal Form Sdn. Bhd. Pembangunan Perumahan Rumah Mampu Milik Di Atas Lot 68252 – 68503, PT 68249 dan PT 68251, Mukim Kajang Daerah Hulu Langat Tiada Maklumat 3 Avipolitan Development Sdn. Bhd. Pembangunan Perumahan Rumah Selangorku (Jenis B – 55 unit & Jenis D – 128 unit) Di Atas Lot 43783, Mukim Kajang Daerah Hulu Langat 183 4 Prestige Imprvement Sdn. Bhd. Pembangunan Perumahan Rumah Selangorku (Jenis B – 102 Unit & Jenis C – 204 unit) Di Atas Lot 43783, Seksyen 9, Bandar Kajang Daerah Hulu Langat 306 5 KYK Development Sdn. Bhd. Pembangunan Perumahan Rumah Selangorku (Jenis A, B & D) Di Atas Lot 7773, Mukim Kajang Daerah Hulu Langat Tiada Maklumat 6 Nova Paramount Sdn. Bhd. Pembangunan Perumahan Rumah Selangorku (Jenis C – 60 unit & Jenis D – 139) Di Atas Lot 7773, Mukim Kajang Daerah Hulu Langat 199 7 Jade Homes Sdn. Bhd. Pembangunan Rumah Selangorku Yang Terdiri Daripada Jenis A – 142 unit, Jenis B – 72 Unit, Jenis C – 72 Unit dan Jenis D – 428 Unit Di Pekan Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. 714 JUMLAH 1,459