Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
137) PERUMAHAN LUAR BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah dasar kerajaan negeri bagi penyediaan rumah di kawasan luar bandar?
Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai dasar khusus untuk pembangunan perumahan di kawasan luar bandar. Ini kerana dasar perumahan yang digunapakai sama ada kawasan bandar atau luar bandar adalah sama iaitu Dasar Perumahan Mampu Milik (Rumah Selangorku). Berdasarkan Dasar Rumah Selangorku ini, keperluan bagi penyediaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) yang harga jualannya dari RM42,000.00 hingga RM250,000.00 jenis dan saiz adalah ditentukan berdasarkan kawasan pembangunan perumahan yang mana dipecahkan kepada tiga (3) Zon iaitu Zon 1, Zon 2 dan Zon 3. Pecahan Zon ini dibuat bagi memastikan pengagihan dan pembinaan dapat dijalankan secara seimbang mengikut kesediaan pembangunan di mana kemudahan pengangkutan, kemudahan awam dan infrastruktur telah tersedia. Setiap zon tersebut pula akan dipecahkan mengikut keluasan tapak cadangan pembangunan untuk ditentukan penyediaan Rumah Selangorku yang perlu dibina.
-
Nyatakan lokasi dan bilangan unit rumah luar bandar yang dibina negeri tahun 2008-2013?
Zon 3 boleh dikategorikan sebagai kawasan luar bandar yang melibatkan kawasan berikut:
Bil. Daerah Mukim / Kawasan 1. Kuala Selangor Mukim Pasangan, Tanjung Karang dan Hulu Tinggi 2. Hulu Selangor Keseluruhan Daerah Hulu Selangor 3. Sabak Bernam Keseluruhan Daerah Sabak Bernam Oleh itu, projek Rumah Selangorku (Rumah Mampu Milik) yang telah diluluskan dan dalam pembinaan sejak tahun 2008 hingga kini adalah seperti berikut:
Bil. Projek / Permohonan Pemaju Bilangan Unit 1. Projek Rumah Mampu Milik Di Seksyen 1D (Fasa 1) Antara Gapi, Bandar Sungai Chik, Hulu Selangor PKNS 129 2. Permohonan Rayuan Keputusan MMKN Bagi Menukar Komponen Rumah Pangsa Kos Rendah Kepada Rumah Pangsa Mampu Milik Di Seksyen 1 Antara Gapi Bandar Sungai Chik, Hulu Selangor
PKNS 80 3. Antara Gapi, Hulu Selangor PKNS 1,227 Permohonan Rayuan Keputusan MMKN Bagi Menukar Komponen Rumah Pangsa Kos Rendah Kepada Rumah Pangsa Mampu Milik Di Taman Keruing Rasa, Mukim Batang Kali, Hulu Selangor PKNS Belum Dimuktamadkan Bernam Jaya, Hulu Selangor PKNS 5,000 Sebahagian Lot 13574, Mukim Panchang Bedena, Sabak Bernam PNSB 220 JUMLAH 6,656 -
Apakah kriteria dan cara pembelian perumahan tersebut?
Kriteria pembelian Rumah Selangorku adalah seperti berikut:
Rumah Selangorku Jenis A (Rumah Kos Rendah)
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun
- Pendapatan gaji pokok isi rumah di antara RM3,000.00 sebulan ke bawah.
- Pemohon (suami / isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di
- Permohonan adalah untuk didiami dan bukan untuk
- Pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5
- Berdaftar di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).
Rumah Selangorku Jenis B, C dan D
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun
- Pendapatan gaji pokok isi rumah di antara RM3,000.00 hingga RM8,000.00 sebulan mengikut keutamaan jenis rumah.
- Pemohon (suami / isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor. Pemohon yang telah memiliki rumah kos rendah selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon rumah mampu milik dengan syarat terdapat bukti untuk menjual rumah kos rendah yang sedia
- Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh ditawarkan rumah ataupun berumur 40 tahun ke
- Permohonan adalah untuk didiami dan bukan untuk
- Pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5
- Berdaftar di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).