Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
151) PERUMAHAN KRISTAL
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek baik pulih perumahan Kristal?
Permohonan pindaan Kebenaran Merancang telah diluluskan pada bulan 21 Oktober 2022. Pemaju penyelamat dalam proses mengemukakan pelan pindaan Pelan Bangunan. Walaubagaimanapun pemaju penyelamat perlu mendapatkan surat kebenaran mengemukakan pelan pindaan bangunan dan pelan pindaan Jalan dan Peparitan kerana terdapat isu tanah yang masih belum diselesaikan. Terdapat serahan dan beri milikan semula tanah semasa permohonan pindaan Kebenaran Merancang yang diluluskan. Untuk makluman kerja-kerja pembinaan di tapak boleh diteruskan (merujuk kepada pelan kelulusan asal). Pihak pemaju penyelamat perlu mengemukakan borang B (sambung kerja).