Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
130) PERUMAHAN KRISTAL
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek baik pulih perumahan Kristal?
Untuk makluman Yang Berhormat, projek pangsapuri Kos Sederhana Rendah Kristal, Taman Selayang Mutiara, Selayang telah disahkan sebagai projek perumahan terbengkalai oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 18 Februari 2013. Susulan itu, Jabatan Perumahan Negara (JPN) KPKT dengan kerjasama Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor, Pejabat Daerah Tanah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) serta lain-lain agensi teknikal berkaitan telah bertindak dan memainkan peranan sebagai pemudahcara bagi memastikan pemulihan projek dapat dijayakan serta hak dan kepentingan para pembeli rumah dipelihara.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perumahan Negara (JPN) KPKT telah bersetuju untuk memulihkan projek pangsapuri Kos Sederhana Rendah Kristal yang merangkumi 498 unit, 1 unit surau dan 1 unit taska dengan mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) bertarikh 11 Jun 2021 kepada Syarikat kontraktor Sunissa Sdn Bhd bagi tempoh kontrak selama 2 tahun menggunakan dana KPKT melalui kaedah perolehan ‘reka dan bina’ dengan kos kontrak sebanyak RM35,898,000.00. Pihak JPN menjangkakan kerja-kerja ditapak hanya akan dapat dimulakan oleh pihak kontraktor Sunissa Sdn Bhd setelah Surat kelulusan Kebenaran Merancang (C1) dijangka dapat dikeluarkan oleh pihak MPS pada hujung bulan Oktober 2022.