Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

147) PERUMAHAN KOS RENDAH & MAMPU MILIK

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan untuk pembinaan Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik?

    Untuk makluman Yang Berhormat, melalui Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada 13 November 2013 yang lalu, terma Rumah Kos Rendah (RKR) telah diberi penjenamaan semula dengan diberi nama Rumah Selangorku Jenis A. Walaupun RKR ini telah di beri penjenamaan semula namun spesifikasi dan harga jualan adalah sama. Untuk makluman Yang Berhormat juga,   setiap pembangunan Rumah Selangorku akan diperuntukan RKR atau Rumah Selangorku Jenis A.

    Peruntukan peratusan Rumah Selangorku Jenis A ini adalah di antara 10 peratus hingga 20 peratus bergantung kepada setiap zon pembangunan. Manakala baki 30 peratus hingga 40 peratus lagi diperuntukkan kepada Rumah Selangorku Jenis B, C dan D.

  2. Senaraikan unit yang telah siap, dalam perancangan, lokasi pembinaan serta tempoh siap projek berkaitan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini, sebanyak tiga projek perumahan mampu milik yang melibatkan 1,682 unit telah siap dibina dan ianya terdiri daripada Bukit Botak, Selayang mempunyai 1,422 unit. Projek kedua adalah di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi yang dibina sebanyak 124 unit. Manakala 136 unit lagi terletak di Bandar Sungai Long, Kajang.

    Bagi projek rumah mampu milik yang sedang dalam perancangan pula, ianya terdiri daripada 18,372 unit yang melibatkan sebanyak 44 projek. Tempoh siap bagi kesemua 44 projek tersebut adalah dianggarkan bermula Tahun 2015 dan tempoh penyiapannya sehingga Tahun 2020 bergantung kepada lokasi dan permintaan sesuatu kawasan. Perincian 44 projek tersebut adalah seperti di Lampiran A.

  3. Bagaimana pemilihan pemohon -pemohon rumah-rumah di atas memandangkan permintaan melebihi unit yang disediakan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, pemilihan pemohon-pemohon rumah kos rendah dan rumah mampu milik akan dibuat oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan. Semua pemohon yang ingin membeli rumah kos rendah dan rumah mampu milik mestilah berdaftar dalam Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah dan proses pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan ditentukan melalui sistem mengikut kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan. Nama-nama yang terpilih akan disemak dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pemohon Rumah yang dianggotai oleh LPHS, Pejabat SUK, Pejabat Tanah/Daerah yang berkaitan serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum senarai nama tersebut dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk kelulusan dan seterusnya dikemukakan kepada pemaju dan pembeli.

    LAMPIRAN A

    Jadual 1 :  Perincian 44 Projek Rumah Mampu Milik

    1. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
    BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT
    1. Lot 68252 Hingga Lot 68503, PT 68249 Dan PT 68251 (Lot Lama 671, 1493, 3178 Dan 117490)

    Mukim Kajang, Hulu Langat

    Regal     Form    Sdn.

    Bhd.

    Belum

    Dimuktamadkan

    2. Lot 1024, Mukim Cheras, Hulu Langat TJ Land Sdn. Bhd. Belum

    Dimuktamadkan

    3. Lot 43783, Mukim Kajang, Hulu Langat. TPPT Sdn. Bhd. 57
    4. Rayuan Untuk Mengubah Jenis Pembangunan Di Mukim Cheras, Hulu Langat Daripada RKR, RKSR Dan RKS Kepada Rumah Mampu

    Milik

    Luxhome             Property Sdn. Bhd Belum

    Dimuktamadkan

    5. Lot     1603     Dan    1916,    Mukim

    Semenyih, Hulu Langat

    D-Hill Sdn. Bhd. Belum

    Dimuktamadkan

    6. Permohonan Rayuan Meminda Kelulusan Mmkn Bagi Mengubah Komponen RKR Kepada Rumah Mampu Milik Semenyih, Hulu Langat Kueen                    Lai

    Properties Sdn. Bhd.

    90
    7. GRN 236131 Lot 11397, Mukim Beranang, Hulu Langat Seluas

    14.66 Hektar (36.225)

    Agenda       Istimewa

    Sdn. Bhd.

    628
    8. GRN 235494 Lot 44433 Dan GRN 235511 Lot 44450 Di Mukim Cheras, Hulu Langat Seluas 7,183 Mp (1.7748 Ekar). Pan Majestic Development Sdn.

    Bhd.

    Belum

    Dimuktamadkan

    1. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
    BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT
    1. HS(D) 20215 PT 20608 Dan PN 20110 Lot 4491, Mukim Ijok, Kuala Selangor Seluas 2.64 Hektar (6.51 Ekar) Seristana Sdn. Bhd. Belum

    Dimuktamadkan

    2. Lot 15, Lot 27, Lot 32, Lot 619, Lot 620, Lot 655, Lot 618, PT 1 Dan Lot 469, Mukim Kuala Selangor dan Pekan Pasir Penambang, Kuala Selangor Goldpage        Assets

    Sdn. Bhd.

    Belum

    Dimuktamadkan

    3. Hakmilik HS(D) 5289 PT 620 Dan

    HS(D) 5290 PT 621 Bandar Kuala

    Selangor, Kuala Selangor

    SAP Holding Berhad 276
    4. Cadangan                Pembangunan

    Perumahan Dan Perniagaan Di Atas Lot 1591 Dan PT 2053, Mukim Hujong Permatang, Kuala

    Selangor

    Soon Sin Hin Development Sdn.

    Bhd.

    34
    1. Majlis Perbandaran Klang (MPK)
    BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT
    1. Rayuan Pengecualian Penyediaan RKR, RKSR Dan RKS Kepada 30% Rumah Milik Di PT 18288, Mukim Klang, Klang. Selaman Sdn. Bhd. Belum

    Dimuktamadkan

    2. Rayuan Pengeculian 785 Unit RKR Dan 110 Kedai Kos Rendah Kepada Kolam Takungan Air

    Digantikan 785 Unit Dan 110 Unit

    Rumah Mampu Milik Di Tapak

    Ganti Bandar Botanic, Klang

    Harum Intisari Sdn. Bhd. 110
    3. Jalan Md Sidin, Klang PKNS 210
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
    BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT
    1. Rayuan Meminda Rumah Pangsa Kos Rendah Kepada Mampu Milik

    Di Atas Lot 8093, Shah Alam, Petaling

    PKNS /

    Debbin Sdn. Bhd.

    104
    2. Seksyen U10, Shah Alam, Petaling PKNS 600
    3. Seksyen U12, Shah Alam, Petaling PKNS 850
    4. Rayuan Meminda Rumah Kos

    Rendah, Rumah Kos Sederhana

    Rendah Dan Rumah Kos Sederhana Kepada Rumah

    Mampu Milik Di Atas PT 20028, PT 20642 Dan PT 20643, Shah Alam, Petaling

    Sin Heap Lee Development Sdn.

    Bhd.

    536
    5. GRN 95250 (Lot 243 ) Dan GRN 53921 (Lot 395 Dan Lot 397), Mukim Sungai Buloh, Petaling. PPC Glomac Sdn. Bhd. 471
    1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
    BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT
    1. Rayuan Meminda Rumah Kos Rendah Kepada Rumah Mampu Milik Di Atas Hakmilik HS(D) 239875 (PT 9815) HS(D) 239874 (PT 9814), Pekan Baru Sungai

    Buloh, Petaling.

    PNSB /

    Semponia Sdn. Bhd.

    236
    1. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
    BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT
    1. Sebahagian Lot 13574, Mukim Panchang Bedena, Sabak Bernam PNSB 220
    1. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
    BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT
    1. GRN 57646 Lot 1333 Seluas 16.6

    Ekar Di Taman Puchong Utama,

    Pekan Puchong Perdana, Petaling

    Hillcrest             Gardens Sdn. Bhd. 420
    2. Lot HS(D) 247473 PT 78441

    Seluas 2.48 Ekar Dan Lot HS(D) 247472 PT 78440 Seluas 1.66

    Ekar, Petaling

    Leo Vista Sdn. Bhd. 316
    3. Hakmilik PN 7397 Lot 53383, Mukim Petaling, Petaling Taman Equine (M) Sdn. Bhd. 120
    1. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
    BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU   BILANGAN UNIT
    1. Lot 12010 (PM 46), Lot 1211 (PM 47), Lot 5034 (HSD 20589) Dan Lot 5035 (HSD 20590), Mukim

    Hulu Kelang, Gombak

    Twin Ridge Bhd. Sdn. Belum

    Dimuktamadkan

    2. Sebahagian       PT     5039     HS(D)

    73845, Sg Sering, Hulu Kelang,

    Daerah Gombak

    LPHS   2,496
    1. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)
    BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT
    1. Rayuan Meminda Kelulusan Mmkn Bagi Pengecualian Rumah Kos Rendah Kepada Pangsapuri Mampu Milik, Mukim Bandar,

    Kuala Langat

    TS        Development

    Sdn. Bhd.

    440
    1. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
    BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT
    1. Lot 1048, Bandar Kundang Ke Atas Hakmilik PM 854 Lot 1048

    Dan GRN 54445 Sebahagian Lot

    18056, Mukim Rawang, Gombak

    Pinggir Mentari Sdn. Bhd. Belum

    Dimuktamadkan

    2. PN 91816 Lot 24673 Di Bandar Kundang, Gombak Major Land Development Sdn.

    Bhd.

    488
    3. Pindaan Pembangunan Bagi Syarat Penyediaan 20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos Sederhana Rendah Dan 10%

    Rumah Kos Sederhana, Rawang,

    Gombak

    Alimach             Holdings Sdn. Bhd. 46
    4. Hakmilik HSD 65295 PT 1042 Di Bandar Kundang Daerah Gombak Seluas 0.4982 Hektar (1.231

    Ekar).

    Kumpulan Sri Jayomiesah Sdn.

    Bhd.

    92
    5. Kg Seri Temenggung, Selayang, Gombak PKNS 418
    6. Seksyen 5, Kota Puteri, Rawang, Gombak PKNS 198
    7. Kota Puteri, Rawang, Gombak PKNS 1,064
    1. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
    BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT
    1. Lot 3514, Mukim Sepang, Sepang Mainstay

    Development     Sdn.

    Bhd.

    28
    2. Hakmilik PM 4851 Lot 786 dan PM 4852 Lot 787, Mukim Dengkil,

    Sepang

    Wandeerfull Property

    Development     Sdn.

    Bhd.

    178
    3. Hakmilik HSD 18934 PT 35294, HSD 18935 PT 35295 dan HSD 18936 PT 35296 Di Mukim

    Dengkil, Sepang

    Usahasama Utama Sdn Bhd 370
    4. Selangor Science Park 2, Sepang PKNS 840
    1. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
    BIL PROJEK/ PERMOHONAN PEMAJU BILANGAN UNIT
    1. Projek Rumah Mampu Milik Di

    Seksyen 1D (Fasa 1) Antara Gapi,

    Bandar      Sungai      Chik,     Hulu

    Selangor

    PKNS 129
    2. Permohonan Rayuan Keputusan Mmkn Bagi Menukar Komponen Rumah Pangsa Kos Rendah Kepada Rumah Pangsa Mampu Milik Di Seksyen 1 Antara Gapi Bandar Sungai Chik, Hulu

    Selangor

    PKNS 80
    3. Antara Gapi, Hulu Selangor PKNS 1,227
    4. Permohonan Rayuan Keputusan MMKN Bagi Menukar Komponen Rumah Pangsa Kos Rendah Kepada Rumah Pangsa Mampu PKNS Belum

    Dimuktamadkan

     

      Milik Di Taman Keruing Rasa, Mukim Batang Kali, Hulu Selangor    
    5. Bernam Jaya, Hulu Selangor PKNS 5,000

Lampiran

Tiada Lampiran.