Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
55) PERUMAHAN KAMPUNG BUNGA RAYA SEKSYEN U6
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah perumahan tersebut?
Untuk makluman Yang Berhormat, perumahan kampung Bunga Raya Seksyen U6, Shah Alam merupakan penyelesaian oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1993 melalui pemindahan 73 keluarga peneroka dibawah kaedah padanan setinggan ke projek rumah kos rendah 6 tingkat 299 unit 2 blok di atas lot HD (D) 110193 PT No. 35194 Mukim Sungai Buloh Daerah Petaling Seksyen U5 di bawah pemaju asal Tetuan Uniqe Creation Sdn Bhd. Projek ini sepatutnya siap pada tahun 2004. Walaubagaimanapun pemaju Uniqe Creation Sdn Bhd telah digulungkan pada 11 Disember 2008. Seterusnya pemaju penyelamat baru Tetuan ECL Management Sdn Bhd telah membeli projek ini serta meneruskan kerja-kerja pemulihan di tapak bermula pada bulan November 2010. Walaubagaimanapun projek ini telah disahkan sebagai projek terbengkalai oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada 25 April 2022.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini status kemajuan projek di tapak masih terbengkalai dan pihak ECL Management Sdn Bhd selaku pemaju baru sedang dalam peringkat akhir untuk menyiapkan kerja-kerja infrastruktur, bangunan serta memohon kelulusan di peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Sehubungan dengan itu, MBSA telah meminta Perunding bagi pihak pemaju untuk mengemukakan semula permohonan secara serentak bagi pelan bangunan, pelan kejuruteraan dan BOMBA melalui Sistem OSC untuk diangkat bagi pertimbangan Mesyuarat Jawatan Kuasa Pusat Setempat (OSC) dengan kadar segera sebelum Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) dapat dikeluarkan.