Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

244) PERUMAHAN EXCO

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan segera kerajaan negeri untuk memanfaatkan kemudahan perumahan EXCO ini selaras dengan teguran audit?

    Berhubung dengan tindakan segera kerajaan negeri untuk memanfaatkan kemudahan perumahan EXCO ini selaras dengan teguran audit adalah dengan memutuskan untuk menyerahkan kunci rumah EXCO kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi membolehkan ahli MMKN mendudukinya melalui keputusan MMKN pada 12 Jun 2013. Seterusnya, segala bentuk penyelenggaraan juga dilaksanakan bagi menyelenggara rumah-rumah EXCO yang mengalami kerosakan dengan membuka sebut harga dan perlantikan kontraktor seperti dimaklumkan di dalam Laporan Audit serta pemotongan bayaran kepada kontraktor yang gagal melaksanakan

    penyelenggaraan seperti dipersetujui dalam perjanjian kontrak. Bagi Aset Alih pula, semua aset tersebut telah didaftarkan dan terdapat aset yang dikeluarkan dari tempat asal seperti diletakkan di pejabat ahli MMKN akan ditempatkan semula di rumah EXCO.

  2. Nyatakan secara terperinci aktiviti kerja penyelenggaraan yang dijalankan di setiap unit banglo?

    Berikut adalah aktiviti kerja penyelenggaraan secara terperinci yang dijalankan di setiap unit banglo:

    KERJA PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN 9 UNIT RUMAH DI RUMAH KOMPLEKS      KEDIAMAN KERAJAAN (SEKSYEN 7), SHAH ALAM Tarikh mula sebutharga adalah pada 12 Disember 2013.

    Rumah No. 2

    1. Kerja mengecat semula kawasan utama seperti bilik tidur utama, laluan karidor, ruang tamu dan pembantu bilik.
    2. Kerja menggantikan Fitting lama kepada baru pada keseluruhan rumah iaitu:
    3. pili air sinki, bottle trap, flexible hose, pili air tandas, flexible hose jenis besi pada tandas, shower mandi dan seat cover.
    4. Menggantikan mentol lampu pada chandelier, downlight dan pada bingkai gambar yang telah rosak.
    5. Membaiki paip rosak di bilik pembantu rumah dan tempat letak kereta
    6. Kerja menyelenggara 13 Unit penghawa dingin termasuk kerja servis, menambah gas, membersihkan penapis udara dan komponen yang berkaitan.

    Rumah No. 3

    1. Kerja mengecat semula kawasan utama seperti bilik tidur utama, laluan karidor, ruang tamu, dewan makan utama, laluan tangga (bahagian luar rumah) dan bilik nombor 3 tingkat G.
    2. Kerja membuat tampalan sealant/simen pada dinding retak di dewan makan utama dan ruang tamu. iii. Menggantikan mentol lampu pada chandelier, downlight dan pada bingkai gambar yang telah rosak.
    3. Kerja menggantikan Fitting lama kepada baru pada keseluruhan rumah iaitu:
    4. pili air sinki, bottle trap, flexible hose, pili air tandas, flexible hose jenis besi pada tandas, shower mandi dan seat cover.
    5. Kerja menyelenggara 13 Unit penghawa dingin termasuk kerja servis, menambah gas, membersihkan penapis udara dan komponen yang berkaitan.
    6. Kerja membaiki paip baru yang telah rosak di bahagian luar rumah. viii. Mengecat pintu dan rak televisyen yang telah lusuh.

    Rumah No. 4

    1. Kerja mengecat bilik utama, ruang tetamu, dewan makan utama dan tempat letak kereta.
    2. Kerja menyelenggara 13 unit penghawa dingin termasuk kerja servis, menambah gas, membersihkan penapis udara dan komponen yang berkaitan.
    3. Menggantikan mentol lampu pada chandelier, downlight dan pada bingkai gambar yang telah rosak.
    4. Kerja menggantikan Fitting lama kepada baru pada keseluruhan rumah iaitu:
    5. pili air sinki, bottle trap, flexible hose, pili air tandas, flexible hose jenis besi pada tandas, shower mandi dan seat cover.

    Rumah No. 5

    1. Kerja membaiki paip lama yang telah rosak pada tandas tingkat 1. ii. Kerja mengecat bilik utama, ruang tetamu, dewan makan utama dan tempat letak kereta.
    2. Menggantikan mentol lampu pada chandelier, downlight dan pada bingkai gambar yang telah rosak.
    3. Kerja menyelenggara 13 unit penghawa dingin termasuk kerja servis, menambah gas, membersihkan penapis udara dan komponen yang berkaitan.
    4. Kerja menggantikan Fitting lama kepada baru pada keseluruhan rumah iaitu:

    pili air sinki, bottle trap, flexible hose, pili air tandas, flexible hose jenis besi pada tandas, shower mandi dan seat cover.

    Rumah No. 6

    1. Kerja mengecat bilik utama, laluan karidor, ruang tetamu dan dewan makan utama.
    2. Kerja menggantikan Fitting lama kepada baru pada keseluruhan rumah iaitu:
    3. pili air sinki, bottle trap, flexible hose, pili air tandas, flexible hose jenis besi pada tandas, shower mandi dan seat cover.
    4. Kerja menyelenggara 13 unit penghawa dingin termasuk kerja servis, menambah gas, membersihkan penapis udara dan komponen yang berkaitan.

    Rumah No. 7

    1. Kerja mengecat bilik utama, laluan karidor, ruang tetamu dan dewan makan utama.
    2. Menggantikan mentol lampu pada chandelier, downlight dan pada bingkai gambar yang telah rosak.
    3. Kerja menggantikan Fitting lama kepada baru pada keseluruhan rumah iaitu: Pili air sinki, bottle trap, flexible hose, pili air tandas, flexible hose jenis besi pada tandas, shower mandi dan seat cover.
    4. Kerja menyelenggara 13 unit penghawa dingin termasuk kerja servis, menambah gas, membersihkan penapis udara dan komponen yang berkaitan.

    Rumah No. 8

    1. Kerja membaiki kebocoran dan mengganti paip baru di bilik aras 1. ii. Kerja mengecat bilik utama, ruang tetamu dan dewan makan utama.
    2. Menggantikan mentol lampu pada chandelier, downlight dan pada bingkai gambar yang telah rosak.
    3. Kerja menggantikan Fitting lama kepada baru pada keseluruhan rumah iaitu:
    4. pili air sinki, bottle trap, flexible hose, pili air tandas, flexible hose jenis besi pada tandas, shower mandi dan seat cover.
    5. Kerja menyelenggara 13 unit penghawa dingin termasuk kerja servis, menambah gas, membersihkan penapis udara dan komponen yang berkaitan.

    Rumah No. 9

    1. Kerja mengecat bilik utama, laluan karidor, ruang tetamu dan dewan makan utama.
    2. Kerja menggantikan Fitting lama kepada baru pada keseluruhan rumah iaitu:
    3. pili air sinki, bottle trap, flexible hose, pili air tandas, flexible hose jenis besi pada tandas, shower mandi dan seat cover.
    4. Kerja menyelenggara 13 unit penghawa dingin termasuk kerja servis, menambah gas, membersihkan penapis udara dan komponen yang berkaitan.

    Rumah No. 10

    KERJA MENAIKTARAF SISTEM PERPAIPAN DAN KERJA BERKAITAN DI RUMAH KEDIAMAN RASMI KERAJAAN NEGERI SELANGOR, SEKSYEN 7, SHAH ALAM.

    Tarikh mula sebutharga adalah pada 5 MEI 2014

    UNIT RUMAH NO 1, 7, 8 DAN 9

    1. Kerja menggantikan keseluruhan sistem perpaipan kepada baru di bahagian dalam rumah.
    2. Kerja membaiki plaster siling bagi rumah no 1
    3. Kerja mengalih booster pump ke tempat yang sesuai. iv. Kerja waterproofing di setiap tandas termasuk kerja tukar mangkuk tandas yang rosak.
    4.              Membekal dan memasang Water Heater pada setiap unit tandas.

Lampiran

Tiada Lampiran.