Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

113) PERUMAHAN DESA SUBANG PERMAI – SEKSYEN U6 – KENDERAAN BERAT/KILANG MELALUI KAWASAN PERUMAHAN JALAN SUBANG PERMAI U6/1

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan untuk menghalang laluan kenderaan tersebut dari melalui kawasan perumahan ?

    Pihak Majlis telah mengambil tindakan menutup 2 bahagian jalan dengan halangan pagar yang menyambung kawasan perumahan Jalan U6/1 & kawasan perkilangan di Lorang 2D.

  2. Persetujuan awal MBSA/penduduk untuk mengadakan jalan alternatif. Apakah tindakan Kerajaan untuk mengadakan jalan tersebut ?

    Pihak Majlis telah membuat pengambilan tanah bagi penyediaan rezab jalan selebar 66 kaki menyambung dari Jalan Bukit Badak untuk kegunaan lot-lot kilang seperti berikut:

     

    NO. LOT LUAS TERLIBAT PENGAMBILAN (KAKI PERSEGI)
    PT 3995 15,490.03
    PT 3996 9,714
    PT 3997 2,966.10
    PT 3998 2,445.99
    PT 3999 3,855.74
    PT 4000 5,087.03
    PT 4001 11,864.96
    PT 3734 4,628.20
    PT 3735 4,589.59

    Pihak majlis telah melantik pihak juru ukur bagi menjalankan kerja-kerja pengukuran semula jajaran jalan yang akan dibina. Pihak Pejabat Tanah Daerah Petaling akan mengeluarkan notis pengosongan kepada pemilik-pemilik premis yang mencerobohi rezab jalan.

  3. Bilakah jalan alternatif tersebut akan dapat dibina ?

    Kerja-kerja pembinaan jalan dan parit dijangka dilaksanakan pada tahun 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.