Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

264) PERUMAHAN BUKIT BOTAK

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini pemilikan dan jual beli perumahan tersebut?

    Sehingga kini seramai 1,114 peserta telah menerima tawaran pembelian rumah di Bukit Botak.

  2. Apakah latar belakang sosioekonomi bakal pembeli?

    Pembeli-pembeli yang telah ditawarkan setakat ini adalah merupakan peserta penduduk asal tapak projek tersebut.

  3. Nyatakan kos pembinaan sebenar, harga jualan, keluasan dan spesifikasi setiap unit rumah?

    Harga jualan adalah RM99,000.00 untuk peserta manakala RM316,000.00 hingga RM360,000.00 untuk awam jika ada kekosongan.

    Luas lot standard ialah 205 mps dengan keluasan lantai 850 kps

Lampiran

Tiada Lampiran.