Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

295) PERUMAHAN BAHARU

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membangunkan kawasan-kawasan perumahan
    bahru di luar bandar? Sekiranya ada, dimanakah kawasan yang dirancang oleh kerajaan
    untuk dibangunkan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pembangunan projek perumahan oleh pemaju–pemaju perumahan di kawasan luar bandar. Sehingga 31 Januari 2024, terdapat 208 projek dengan          118,028 unit Rumah Selangorku telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di kawasan Zon 3 dan 4 berdasarkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor yang melibatkan kawasan luar bandar. Daripada jumlah tersebut, 51 projek dengan 14,872 unit telah siap dibina dan diserahkan kunci kepada pembeli, 40 projek dengan 13,222 unit sedang dalam pembinaan dan 117 projek dengan 89,934 unit sedang dalam perancangan.

  2. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah rumah mampu milik di Selangor? Sekiranya
    ada, adakah kawasan-kawasan perumahan mampu milik akan turut dibina di kawasan
    luar bandar khususnya di DUN Bukit Melawati?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pembangunan projek perumahan oleh pemaju–pemaju perumahan. Sehingga 31 Januari 2024, terdapat 2 projek dengan 162 unit Rumah Selangorku telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) masih diperingkat perancangan di DUN Bukit Melawati. Perincian adalah seperti berikut :-

    BIL PEMAJU

    LOKASI

    UNIT

    STATUS

    1

    Kota Kelang Development Sdn. Bhd.

    HS(D) 5289 PT 620 Dan HS(D) 5290 PT 621 Bandar Kuala Selangor, Daerah Kuala Selangor.

    91

    Dalam Perancangan
    2

    Selangor Industrial Corporation  Sdn. Bhd.

    Di Atas Hakmilik HSD 283107 PT 73 Seksyen 11, Bandar Kuala Selangor, Daerah Kuala Selangor.

    71

    JUMLAH KESELURUHAN

    162

     

Lampiran

Tiada Lampiran.