Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

190) PERUMAHAN AIR MANIS

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembinaan Rumah Idaman Selangor di Taman Air Manis?

    Projek Taman Air Manis dibawah MDSB yang memperuntukkan sebanyak 183 unit Rumah Idaman sedang menunggu endorsement Pelan Bangunan (‘BP’) dimana pembayaran premium perlu di selesaikan terlebih dahulu.

    Setakat bulan Oktober 2021, kelulusan pembayaran premium tersebut telah pun diperolehi pada 1 Oktober 2021 daripada Pejabat Tanah dan Galian Selangor (‘PTGS’) dan Permohonan serah dan berimilik semula tanah telah diterima pada 25 Oct 2021. Dijangkakan kelulusan penuh BP akan diperolehi didalam bulan November 2021.

    Kelewatan dalam kelulusan dan kemajuan pembangunan adalah disebabkan oleh pengumuman Kerajaan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lampiran

Tiada Lampiran.