Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

16) PERUMAHAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah unit rumah Selangorku yang siap dibina dan masih dalam perancangan?

    Untuk makluman Y.Berhormat, Dasar Rumah Selangorku hanya mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhannya sebanyak 96,832 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini. Sehingga Jun 2017, sebanyak 1,054 unit RSKU telah siap dibina dan telah diserahkan kunci. Manakala sebanyak 22,655 Unit RSKU sedang dibina.

    Perinciannya adalah seperti berikut :-

     

    TAHUN
    SIAP

    DIBINA
       

    DALAM
          BELUM DIBINA    

    BIL PROJEK
     

    PEMBI-
    ADA KM ADA KM+BP TIADA KELULUSAN
      NAAN  
    2014 5

    (518)

    13

    (4,380)

      8

    (2,625)

    6

    (1,513)

    5

    (2,732)

    37

    (11,768)

    2015 1

    (536)

    23

    (18,015)

      31

    (14,736)

    8

    (7,813)

    22

    (18,544)

    85

    (59,644)

    2016 1

    (260)

      2

    (608)

    1

    (492)

    21

    (15,779)

    25

    (17,139)

    2017   21

    (8,281)

    21

    (8,281)

    JUMLAH 6

    (1,054)

    37

    (22,655)

      41

    (17,969)

    15

    (9,818)

    69

    (45,336)

    168

    (96,832)

  2. Berapakah anggaran unit perumahan yang diperlukan bagi memberi ruang pemilikan rumah kepada setiap rakyat Selangor?

    Anggaran unit perumahan yang diperlukan bagi memberi ruang pemilikan rumah kepada setiap rakyat Selangor adalah sebanyak 36,428 unit berdasarkan permohonan pendaftaran di LPHS secara online pada masa ini.

  3. Apakah perancangan kerajaan terhadap perumahan peneroka bandar yang masih belum diselesaikan?

    Antara perancangan Kerajaan terhadap perumahan peneroka bandar yang masih belum diselesaikan, Kerajaan Negeri perlu menjalankan kajian yang teliti dan terperinci terlebih dahulu sama ada melalui pemberimilikan tanah atau penempatan semula di tapak baru atau mana-mana yang difikirkan sesuai dilaksanakan dengan mengambilkira kepentingan   peneroka     Kerajaan Negeri pada masa ini melalui cara yang lebih berhemah dan mengambilkira pandangan semua pihak terlibat termasuk Peneroka Bandar sebelum penyelesaian secara menyeluruh dikenalpasti dan dilaksanakan.

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga menawarkan Rumah Selangorku kepada penghuni peneroka bandar yang layak memohon untuk memiliki Rumah Selangorku. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor tiada halangan untuk membantu merekamereka yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.