Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
186) PERUMAHAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pembinaan Rumah Idaman rakyat Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 28 Februari 2023, terdapat 33 projek dengan 52,806 unit Rumah Idaman MBI telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Daripada jumlah tersebut, 1 projek dengan 2,059 unit telah siap dibina, 5 projek dengan 4,642 unit sedang dalam pembinaan dan 27 projek dengan 46,105 unit masih diperingkat perancangan.
-
Senaraikan projek - projek Rumah Idaman yang telah berjalan, belum bina dan dalam perancangan.
Berikut merupakan perincian bagi projek Rumah Idaman MBI mengikut status :-
Dalam Pembinaan Bil Nama Projek / Pemaju Bil. Unit 1 Projek Idaman Sari Konsortium PNSB Construction (Idaman Kukuh Sdn. Bhd.)
568 2 Projek Idaman Melur Konsortium PNSB Constuction (Idaman Living Sdn. Bhd.)
1,448 3 Projek Idaman Bukit Jelutong Konsortium PNSB Contruction (Nadi Emery Sdn. Bhd.)
1,260 4 Projek Idaman Taman Air Manis (Fasa 1) MBI / PNSB
54 5 Projek Idaman BSP Seribu Baiduri Sdn. Bhd. (LBS Bina Group Berhad)
1,312 JUMLAH UNIT KESELURUHAN
4,642