Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
147) PERUMAHAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pembinaan Rumah Idaman rakyat Selangor dan Rumah Selangorku melibatkan permohonan, rumah siap dan rumah tidak siap mengikut daerah?
Untuk makluman Yang Berhormat, Insentif Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI) Pasca Covid-19 telah mula diperkenalkan pada tahun 2020. Secara keseluruhannya, sebanyak 44,304 unit Rumah Idaman MBI telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga 31 Januari 2022. Sehingga 31 Januari 2022, sebanyak 4,819 unit sedang dalam pembinaan dan sebanyak 39,485 unit masih dalam peringkat perancangan. Berikut merupakan pecahan kelulusan mengikut daerah :-
Statistik Rumah Idaman MBI Yang Diluluskan Dalam Pembinaan
Bil. Daerah Bil Projek Bil Unit 1. Hulu Langat 1 2,059 2. Sepang 1 1,448 3. Kuala Langat 1 1,312 Jumlah Unit 4,819 Statistik Rumah Idaman MBI Yang Diluluskan Dalam Perancangan
Bil. Daerah Bil Projek Bil Unit 1. Petaling 6 16,751 2. Klang 1 929 3. Gombak 1 2,252 4. Sepang 6 14,574 5. Kuala Langat 1 2,150 6. Kuala Selangor 2 2,607 7. Sabak Bernam 1 222 Jumlah Unit 39,485 Bagi pembangunan Rumah Selangorku (RSKU) pula, secara keseluruhannya sebanyak 120,849 unit telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sehingga 31 Januari 2022. Sehingga 31 Oktober 2022 sebanyak 27,070 unit RSKU telah siap dibina, 14,013 sedang dalam pembinaan dan baki sebanyak 79,766 unit masih diperingkat perancangan. Berikut merupakan pecahan kelulusan mengikut daerah :-
Statistik Rumah Selangorku Yang Telah Siap Dibina
Bil. Daerah Bil Projek Bil Unit 1. Petaling 13 7,359 2. Klang 10 4,134 3. Gombak 6 1,646 4. Hulu Langat 20 5,940 5. Sepang 10 4,367 6. Kuala Langat 2 200 7. Kuala Selangor 8 2,753 8. Hulu Selangor 6 576 9. Sabak Bernam 2 95 Jumlah Unit 77 27,070 Statistik Rumah Selangorku Sedang Dalam Pembinaan
Bil. Daerah Bil Projek Bil Unit 1. Petaling 8 2,705 2. Klang 3 708 3. Gombak 4 735 4. Hulu Langat 14 3,348 5. Sepang 7 2,859 6. Kuala Langat 6 1,472 7. Kuala Selangor 9 1,536 8. Hulu Selangor 3 650 Jumlah Unit 54 14,013 Statistik Rumah Selangorku Dalam Perancangan
Bil. Daerah Bil Projek Bil Unit 1. Petaling 30 13,883 2. Klang 17 8,402 3. Gombak 34 16,525 4. Hulu Langat 28 11,741 5. Sepang 25 13,837 6. Kuala Langat 10 8,854 7. Kuala Selangor 16 5,072 8. Hulu Selangor 7 1,428 9. Sabak Bernam 1 24 Jumlah Unit 168 79,766