Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
205) PERUMAHAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini pembinaan Rumah Idaman Selangor,rumah selangorku,rumah terbengkalai di DUN Semenyih dan di Daerah Hulu Langat?
Untuk makluman Yang Berhormat, berikut merupakan status terkini Rumah Idaman, Rumah Selangorku dan Rumah Terbengkalai / Bermasalah di Daerah Hulu Langat :-
- Rumah Idaman MBI
BIl Nama Projek Bil. Unit Status 1. Konsortium PNSB Construction Sdn. Bhd. 2,059 Dalam Pembinaan (80%)
- Rumah Selangorku (RSKU)
Bil Nama Projek Bil. Unit Status 1. Wira Cheras Development Sdn. Bhd. (Lot 1474) 74 Siap dibina & diduduki 2. Cheras Hong Soon Development Sdn. Bhd. 361 Siap dibina & diduduki 3. HomeCity Asia Sdn. Bhd. 72 Siap dibina & diduduki 4. Fabulous Range Sdn. Bhd. 130 Siap dibina & diduduki 5. Jade Homes Sdn. Bhd. (Gamuda Land Berhad)
714 Siap dibina & diduduki 6. Setia Ecohill Sdn. Bhd. 670 Siap dibina & diduduki 7. Kueen Lai Properties Sdn. Bhd. 90 Siap dibina & diduduki 8. TJ Land Sdn Bhd 92 Siap dibina & diduduki 9. TPPT Sdn Bhd 57 Siap dibina & diduduki 10. Serambi Utama Sdn Bhd 16 Siap dibina & diduduki 11. Luxhome Property Sdn. Bhd 144 Siap dibina & diduduki 12. Agenda Istimewa Sdn. Bhd. 760 Siap dibina & diduduki 13. Tanming Raya Sdn. Bhd. 173 Siap dibina & diduduki 14. Eco Majestic Sdn. Bhd. (Eco World Dev. Berhad) Plot 1
870 Siap dibina & diduduki 15. Seri Nova Development Sdn Bhd. 24 Siap dibina & diduduki 16. Warga Edaran Sdn. Bhd. 30 Siap dibina & diduduki 17. Sutera Maya Resources Sdn. Bhd. / Trans Loyal Development Sdn. Bhd. 492 Siap dibina & diduduki 18. Pan Majestic Development Sdn. Bhd.
148 Dalam Pembinaan (95%)
19. Aliran Perkasa Sdn. Bhd.
(Metro Kajang Holding)775 Dalam Pembinaan (15%)
20. Haji Hamzah Bin Haji Abdul Majid (Pujangga Development Sdn Bhd) 80 Dalam Pembinaan (70%)
21. Mayland Venue Sdn. Bhd. 415 Dalam Pembinaan (95%)
22. Wira Cheras Development Sdn. Bhd.
(Lot 154)68 Dalam Pembinaan (95%)
23. Kueen Lai Properties Sdn. Bhd. 106 Dalam Pembinaan (95%)
24. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
(Fairview Development Sdn. Bhd.)40 Dalam Pembinaan (65%)
25. Bayu Bakat Sdn. Bhd.
ASA Management ServicesSdn. Bhd.
207 Dalam Pembinaan (95%)
26. Segaman Sdn. Bhd. 270 Dalam Pembinaan (65%)
27. Exclusive Expansion Sdn. Bhd.
(Rising Charm Sdn. Bhd.)188 Dalam Pembinaan (10%)
28. Setia Ecohill Sdn. Bhd. 600 Dalam Pembinaan (27%)
29. Prestige Improvement Sdn. Bhd. 204 Dalam Pembinaan (87%)
30. LGK Land Sdn. Bhd. 71 Dalam Pembinaan (25%)
- Projek Bermasalah
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 1 projek bermasalah / terbengkalai di Daerah Hulu Langat iaitu projek Rumah Selangorku Residensi Jaya. Projek ini telah diisytihar sebagai projek bermasalah dan usaha untuk mengurus dan memulihkan projek telah diserahkan kepada syarikat Penerima dan Pengurus (P&P) Grant Thorton Consulting Sdn Bhd berikutan berikutan pengisytiharan muflis terhadap pemaju berkenaan.
Sehingga 31 Oktober 2021, beberapa siri perbincangan telah diadakan oleh pihak Kerajaan Negeri bersama – sama pihak yang terlibat seperti PBT, Syarikat P&P, wakil pembeli, Syarikat Pelikuidasi dan badan perbankan bagi membincangkan pelan pemulihan dan penyelesaian projek ini seterusnya di angkat untuk pertimbangan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa terdekat.
Pada masa kini, usaha memulihkan projek tersebut sedang giat dijalankan dengan terkini Syarikat P&P dipohon untuk mengemukakan cadangan pemulihan projek yang mana melibatkan pemulangan semula deposit kepada para pembeli projek Residensi Jaya dan penawaran unit RSKU di tapak tersebut bagi mereka yang masih berminat.