Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

138) PERUBATAN WARGA EMAS

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan warga emas 65 tahun ke atas di Selangor dari tahun 2019 hingga 2021?

    Jumlah ahli warga emas yang berumur 65 tahun ke atas di Selangor bagi tahun 2019 sehingga 2021 adalah seramai 53,979 yang telah berjaya didaftarkan didalam sistem SMUE yang dikendalikan oleh YAWAS.

     

    PENDAFTARAN AHLI SMUE BERUMUR 65 TAHUN DAN KEATAS DARI 2019 SEHINGGA 2021

     

     
    Nama Kaum Hidup Mati Jumlah
    MELAYU 14,960 1,272 16,232
    CINA 25,664 1,999 27,663
    INDIA 8,686 784 9,470
    LAIN-LAIN 547 67 614
    JUMLAH 49,857 4,122 53,979
  2. Adakah Skim Usia Emas yang telah dilaksanakan mencapai matlamatnya?

    Skim Mesra Usia Emas merupakan program kebajikan yang diwujudkan sebagai penghargaan terhadap golongan warga emas.  Matlamat program ini telah lama dicapai sejak program ini mula dilaksanakan pada tahun 2008. Sehingga kini seramai 403,288 orang Warga Emas dan OKU yang telah berjaya menjadi Ahli SMUE. Setiap daripada Ahli SMUE layak menerima manafaat daripada Program ini antaranya adalah Jom Shopping SMUE yang bernilai RM100 dan juga Khairat Kematian SMUE yang bernilai RM500.

  3. Berapakah jumlah kewangan yang telah dibelanjakan untuk maksud tersebut?

    Sehingga kini sebanyak RM37,205,200.00 telah dibelanjakan untuk program Jom Shopping SMUE manakala bagi Program Khairat Kematian pula sebanyak  RM2,213,000.00 telah dibayar kepada pewaris Ahli SMUE yang telah meninggal dunia

Lampiran

Tiada Lampiran.