Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
72) PERUBATAN PERCUMA WARGA EMAS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah statistik terkini pemberian khidmat perubatan percuma kepada warga emas?
Kerajaan Negeri tidak mempunyai program khusus bagi khidmat perubatan percuma kepada warga emas. Namun,Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor Kerajaan Negeri telah membantu ramai pesakit termasuk warga emas yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan bantuan dan rawatan
Diantara bantuan yang di sediakan dibawah program ini ialah Dialisis, Katarak Mata, Pembedahan Kecil, Lain-lain Rawatan dan Kaki Palsu. Data menunjukkan 94% penerima bantuan program ini adalah terdiri daripada warga emas. Jumlah kelulusan adalah bergantung kepada bantuan yang diluluskan iaitu yang menepati syarat-syarat bantuan dan baki peruntukan yang masih ada.
Oleh yang demikian, ingin saya jelaskan di sini bahawa Program Bantuan Kesihatan Sihat Selangor adalah untuk seluruh rakyat Negeri Selangor.
-
Berapakah jumlah warga emas yang telah menerima perkhidmatan ini?
Jumlah permohonan daripada warga emas bagi tahun ini, sehingga 15 November 2014 adalah 159 permohonan bagi pelbagai jenis rawatan. Daripada 159 permohonan ini, 80 permohonan adalah daripada warga emas dan diluluskan serta menepati syarat-syarat bantuan yang telah di tetapkan. Daripada 80 permohonan tersebut, rawatan dialisis adalah sebanyak 50 permohonan, katarak mata – 14 permohonan, pembedahan kecil – 5 permohonan, kaki palsu – 1 permohonan dan lain-lain rawatan – 10 permohonan.
Ringkasan jadual permohonan dan kelulusan bagi warga emas adalah seperti berikut:-
BIL RAWATAN JUMLAH PERMOHONAN MOHONAN LULUS 1 SIS 85 50 2 RAK MATA 32 14 3 EDAHAN KECIL 9 5 4 LAIN RAWATAN 31 10 5 PALSU 2 1 JUMLAH 159 80