Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

116) PERUBAHAN IKLIM

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan inisiatif Kerajaan Negeri bagi adaptasi perubahan iklim?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menyediakan Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2022 – 2024. Pada tahun 2021, sebanyak 72 program telah dirancang dan diluluskan dalam usaha Kerajaan Negeri untuk melestarikan alam sekitar serta menangani perubahan iklim dan pemanasan bumi. Bagi menjayakan program-program tersebut Kerajaan Negeri telah menyalurkan sejumlah peruntukan kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan program-program tersebut dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

    Antara program yang telah dijalankan adalah Projek Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) bagi Kebun Komuniti, Kempen Kesedaran Dan Pengumpulan E-waste, Program Kayuhan Kesedaran Alam Sekitar, Kempen Pelaksanaan Amalan Kitar Semula Minyak Masak Terpakai, Membekal Spesies Pokok Hutan Bagi Program Pengayaan Sumber Hutan Dan Alam Sekitar Di Negeri Selangor.

  2. Apakah kos yang ditanggung bagi menjalankan setiap inisiatif?

    Keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan mengadaptasi perubahan iklim bagi tahun 2021 berjumlah RM2,127,249.70.

  3. Apakah tahap kejayaan setiap inisiatif?

    Penglibatan dan kerjasama daripada Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani perubahan iklim amat memberangsangkan. Sebanyak 72 program hasil penglibatan daripada PDT, PBT dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor seperti berikut:

    BIL. JABATAN JUMLAH PROGRAM
    1. Pejabat Daerah/ Tanah 45
    2. Pihak Berkuasa Tempatan 21
    3. Agensi 6
    Jumlah 72

     

    Kerajaan Negeri akan terus mempergiatkan usaha dalam menangani perubahan iklim dan kesannya terhadap alam sekitar serta mempergiatkan lagi penganjuran program-program ke arah pemahaman dan kesedaran masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.