Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

98) PERTUMBUHAN PEMBANGUNAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan pembangunan dalam tahun 2012 dan nilai mengikut GDV bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan?

    Berikut adalah jumlah permohonan pembangunan dalam tahun 2012 dan nilai mengikut GDV bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan:

    Bil. PBT Perkara Jumlah
    1. MBSA Bilangan Permohonan

    Kebenaran Merancang Tahun

    2012

    743
    2. MBPJ TIADA MAKLUMBALAS
    3. MPK TIADA MAKLUMBALAS
    4. MPAJ Permohonan Kebenaran

    Merancang, Pelan

    Kejuruteraan, Pelan

    Bangunan dan Pelan

    Landskap

    372
    5. MPSJ Tukar syarat,  Perlanjutan

    Kebenaran Merancang, Pre – com dan Permohonan Kebenaran Merancang

    200
    6. MPS TIADA MAKLUMBALAS
    7. MPKj Permohonan kebenaran merancang 428
    8. MPSp TIADA MAKLUM BALAS
    9. MDHS Permohonan kebenaran merancang 77
    10. MDKL Permohonan Pembangunan 128
    11. MDKS TIADA MAKLUM BALAS
    12. MDSB TIADA MAKLUM BALAS
  2. Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan serta nilainya mengikut pecahan Pihak Berkuasa Tempatan?

    Berikut adalah jumlah permohonan yang telah diluluskan serta nilainya mengikut pecahan Pihak Berkuasa Tempatan :

    Bil. PBT Perkara Jumlah
    1. MBSA Jumlah permohonan lulus 333
    2. MBPJ TIADA MAKLUMBALAS
    3. MPK TIADA MAKLUMBALAS
    4. MPAJ Jumlah permohonan selesai 370
    5. MPSJ TIDAK BERKAITAN
    6. MPS Jumlah permohonan selesai 517
    7. MPKj Jumlah permohonan lulus 350
    8. MPSp TIADA MAKLUMBALAS
    9. MDHS Jumlah permohonan lulus 56
    10. MDKL Jumlah permohonan lulus 112
    11. MDKS TIADA MAKLUMBALAS
    12. MDSB TIADA MAKLUMBALAS
  3. Apakah ada perancangan untuk imbangi kadar pertumbuhan pembangunan mengikut setiap Pihak Berkuasa Tempatan?

    Bagi mengimbangi kadar pertumbuhan pembangunan, PBT merujuk kepada Rancangan Tempatan masing- masing yang telah diwartakan berdasarkan zoning guna tanah yang telah ditetapkan. Setiap pertumbuhan baru akan disyaratkan perumahan kos Rendah, Kos Sederhana Rendah dan Kos Sederhana. Rumah Mampu Milik juga termasuk dalam syarat yang dikenakan berdasarkan dasar Kerajaan Negeri iaitu negeri yang berkebajikan.

    Setiap jenis perumahan ini juga dikawal dari segi harga rumah iaitu:

    Bil. Jenis Perumahan Harga RM/Unit
    1. Rumah Kos Rendah RM 42,000
    2. Rumah Kos Sederhana Rendah RM 72,000
    3. Rumah Kos Sederhana RM 100,000

    Penetapan peratusan kategori bagi projek pembangunan perumahan ialah 20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana. Permohonan ini adalah untuk berkeluasan lebih 10 ekar. Bagi permohonan yang berkeluasan antara 2 ekar hingga 10 ekar adalah disyaratkan penyediaan Rumah Kos Sederhana sebanyak 30%. Bagi pembangunan berbentuk Komersial pula Kerajaan telah mensyaratkan setiap pembangunan melebihi 50 unit kedai pejabat perlu menyediakan 20% kedai mampu milik. Pembangunan jenis kompleks perniagaan perlu menyediakan 10% daripada keseluruhan ruang lantai kasar sebagai Kedai Mampu Milik dalam bentuk saiz lot kecil atau kiosk untuk disewa.

Lampiran

Tiada Lampiran.