Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

14) PERTUMBUHAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jangkaan Kerajaan Negeri terhadap pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor dalam masa 5 tahun ke hadapan?

    Soalan (a), (b) dan (c) dijawab bersekali.

    Pandemik COVID-19 yang melanda ekonomi dunia pada tahun 2020 telah menjejaskan penawaran dan permintaan bagi pengeluaran barangan dan perkhidmatan, sehingga menyebabkan kemerosotan pertumbuhan ekonomi global. Pandemik yang asalnya bermula sebagai krisis kesihatan, telah mengakibatkan berlakunya krisis ekonomi apabila negara – negara mengambil langkah-langkah drastik bagi mengekang penyebaran virus, seperti langkah kawalan pergerakan, penutupan sempadan negara dan aktiviti peniagaan. Berdasarkan laporan pertengahan tahun 2021 World Economic Situation and Prospects (WESP), ekonomi global semasa dijangka berkembang 5.4 peratus pada 2021 setelah penurunan mendadak pada kadar 3.6 peratus pada tahun 2020. Output ekonomi di kebanyakan negara dijangka hanya akan kembali ke tahap pra-pandemik pada tahun 2022 atau 2023. Manakala International Monetary Fund (IMF) pula berdasarkan unjuran terkini yang diterbitkan pada Oktober 2021 meramalkan pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 5.9 peratus pada 2021 dan 4.9 peratus pada 2022. Ekonomi Malaysia juga dijangka berkembang antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus tahun ini disokong oleh pengembangan berterusan permintaan global dan perbelanjaan sektor swasta yang tinggi.

    Walaupun pertumbuhan KDNK telah menguncup sebanyak -5.3% pada 2020 (2019: 6.8%) berikutan daripada persekitaran global yang mencabar, Selangor mencatat prestasi yang lebih baik berbanding dengan pertumbuhan nasional. Pada tahun yang sama, semua sektor mengalami pertumbuhan negatif kecuali sektor pertanian, iaitu pada kadar 0.3%. Sektor perkhidmatan menerajui struktur ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 61.2% dan sektor pembuatan dengan 29.2%, diikuti oleh sektor pembinaan pada 5.7%, sektor pertanian pada 1.4% dan perlombongan dan pengkuarian pada 0.2%.

    Ekonomi global telah mula menunjukkan tanda-tanda kestabilan pada suku ketiga tahun 2021. Ini telah dicerminkan oleh peningkatan pengeluaran industri dan eksport dan telah menghasilkan pertumbuhan KDNK yang lebih baik di beberapa negara maju.

    Kerajaan sangat optimis bahawa pertumbuhan ekonomi negeri Selangor bagi 5 tahun yang akan datang akan meningkat dan kekal positif melalui

    pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Inisiatif kerajaan bagi menggiatkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri termasuklah :-

    1. i) Meningkatkan jumlah pelaburan pelabur-pelabur sedia ada serta menarik pelaburan baru ke negeri Selangor;
    2. ii) Menggalakkan penglibatan pihak swasta bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri;

    iii)     Melaksanakan amalan ketelusan (transparency) dalam semua peringkat pentadbiran;

    1. iv) Merangka perbelanjaan dengan berkhemah dan tiada pembaziran; dan
    2. v) Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian agensi dan anak syarikat Kerajaan.

    Kerajaan Negeri sebelum ini juga telah melancarkan lima (5) Pakej Rangsangan Ekonomi, iaitu tiga(3) Pakej Selangor Prihatin pada tahun 2020 dengan implikasi kewangan sebanyak RM415 juta dan dua (2) Pakej Kita Selangor pada tahun 2021 dengan implikasi kewangan sebanyak RM627 juta selain daripada Belanjawan 2021, yang mana kesemua 5 pakej ini berjumlah melebihi RM1 bilion yang diberikan secara terus melalui pelbagai program kepada setiap lapisan masyarakat di negeri Selangor. Sehingga 22 November 2021, RM329 juta daripada RM627.4 juta yang disediakan di bawah Pakej Kita Selangor 1.0 dan 2.0 telah dibelanjakan yang memberi manfaat kepada 1.7 juta penerima manakala beberapa inisiatif sedang dalam pelaksanaan.

    Dalam sidang Dewan yang lepas pada Disember 2021, saya juga telah membentangkan Belanjawan 2022 dengan peruntukan pembangunan berjumlah Ringgit Malaysia Dua Bilion, Tiga Ratus Empat Puluh Tiga Juta (RM2,343,000,000.00) yang mengambil kira kebaikan serta manfaat kepada tiga perkara utama iaitu, Rakyat, Komuniti Perniagaan dan Pembangunan Ekonomi Negeri yang menggariskan lima teras utama iaitu:

    1. i) Memacu Pertumbuhan Ekonomi Berimpak Tinggi dan Meningkatkan Kecekapan Penyampaian
    2. ii) Membangun Masyarakat Penyayang dan Kesejahteraan Sosial

    iii)     Mengukuhkan Agenda Kesihatan Awam Selangor

    1. iv) Mewujudkan Persekitaran Hijau dan Pembangunan Lestari
    2. v) Mengoptimumkan Teknologi Pintar dan Digitalisasi

    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah yang proaktif dalam merangka dan merencanakan pembangunan Negeri Selangor. Secara dasarnya, Kerajaan Negeri Selangor juga telah merangka satu pelan pembangunan jangka panjang dalam pembentukan ekonomi negeri yang mapan. Pelan rancangan pembangunan negeri Selangor ini adalah bagi tempoh lima tahun iaitu tahun 2021 hingga 2025 bertujuan untuk menumpukan usaha Kerajaan Negeri mempercepatkan proses pemulihan ekonomi pasca pandemik dan memacu agenda pembangunan bagi memastikan Selangor terus mengukuhkan kedudukan sebagai pusat pertumbuhan utama ekonomi yang mampan di Malaysia dan rantau Asia.

    Pelan Pembangunan Lima Tahun ini memberikan tumpuan khusus kepada strategi-strategi berimpak tinggi untuk jangka masa pendek dan sederhana bagi membolehkan negeri Selangor mencapai aspirasi untuk menjadi negeri pintar, makmur dan berdaya huni menjelang 2025. Selain itu, pelan pembangunan ini juga akan turut mengambil kira strategi pengukuhan asas pembangunan jangka masa panjang yang kalis masa hadapan.

    Rancangan Pembangunan Lima Tahun ini sedang diperhalusi melalui sesi konsultasi dan libat urus dengan pelbagai pemegang taruh dan pihak berkepentingan untuk didokumentasikan serta akan dilancarkan pada suku tahun kedua tahun 2022. Ianya akan menjadi satu perancangan strategik yang akan melonjakkan lagi tahap daya saing, pencapaian ekonomi dan taraf hidup rakyat negeri Selangor.

    Selain itu juga, seiring dengan kemajuan industri berteknologi tinggi, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi melalui pelaburan berimpak tinggi. Sebagai negeri penyumbang KDNK terbesar negara, Selangor berdaya tahan dalam menghadapi cabaran COVID-19. Dengan peralihan kuasa geo-politik dan megatrends seperti kebangkitan ekonomi China dan respon US, Climate Change & Net Zero Goals dan transformasi digital, Selangor boleh mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kelebihan yang ada dan menangani perkara-perkara yang membimbangkan.

    Selain menambah baik sektor ekonomi sedia ada, fokus terhadap Sektor Baru Muncul (New Emerging Sectors) seperti Life Sciences dan Agri-Tech turut diberi penekanan bagi membantu melestarikan ekonomi Selangor. Kerajaan Negeri Selangor amat komited untuk membina ekonomi digital dan ekosistem dengan aspirasi untuk menjadi Negeri Pintar yang boleh didiami, dan proses ini dipercepatkan lagi dengan pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan peralihan kepada norma kerja baharu dan mempercepatkan pertumbuhan dalam aktiviti e-dagang. Tumpuan digital juga akan memainkan peranan pemboleh utama untuk meningkatkan produktiviti merentas sektor lain yang dikenal pasti.

    Bagi mempromosikan peluang-peluang pelaburan yang tersedia dan menarik masuk pelaburan ke negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah merangka beberapa strategi antaranya:

    1. i) Kerajaan melalui SIDEC akan membangunkan Industri Teknologi Pertanian Negeri, melalui Program Pemecut Selangor (SAP) Selangor Accelerated Program. Tumpuan baharu pada bidang ini adalah kunci kepada pemulihan ekonomi tempatan melalui transformasi digital, peningkatan penggunaan teknologi dalam perniagaan dan peningkatan keselamatan makanan;
    2. ii) Penjenamaan dan mempromosikan kawasan-kawasan perindustrian yang berpotensi melalui media cetak atau elektronik;

    iii) Pengemaskinian dan penyediaan buku panduan pelaburan yang komprehensif dan mudah untuk dijadikan bahan rujukan para pelabur;

    1. iv) Membantu pihak industri menyelesaikan isu-isu berbangkit berkaitan pelaburan melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan;
    2. v) Menyediakan pelan perancangan strategik sektor perindustrian;
    3. vi) Meningkatkan usaha promosi di luar negara seperti program lawatan pengalakkan pelaburan;

    vii)    Mewujudkan jaringan hubungan / networking dengan agensi-agensi yang berkaitan (agensi kerajaan, kedutaan, dewan-dewan perniagaan dalam dan luar negara);

    viii)   Mewujudkan rakan hubungan strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan; dan

    1. ix) Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta yang berkonsepkan Managed Industrial Park.

    Kerajaan Negeri juga sentiasa meneroka pendapatan baharu dari semasa ke semasa berdasarkan elemen sumber hasil yang boleh dikutip oleh Kerajaan Negeri di bawah kuasa yang diberikan mengikut Perlembagaan Persekutuan khususnya hasil tanah, lombong, hutan, duti hiburan, sewa, bayaran fi dan bayaran perkhidmatan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri.

    Menjadi hasrat bagi Kerajaan untuk terus berusaha bagi menyuburkan ekonomi negeri Selangor seterusnya mengagihkan kekayaan daripada hasil kutipan Negeri kepada rakyat secara adil dan saksama. Sudah tentu perancangan ke arah itu akan memerlukan strategi dan komitmen berterusan daripada pelbagai pihak terutamanya pemimpin-pemimpin masyarakat dan jentera Kerajaan. Rakyat yang berkembang kebolehannya akan menjadikan Selangor sebagai negeri yang kekal progresif dan produktif.

  2. Sektor apakah yang menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi?

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam merealisasikan jangkaan tersebut?

Lampiran

Tiada Lampiran.