Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
128) PERTUMBUHAN EKONOMI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah jangkaan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor 5 tahun ke hadapan dan sektor manakah yang akan menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi Selangor?
Ekonomi global telah mula menunjukkan tanda-tanda kestabilan pada suku kedua tahun
2009. Ini telah dicerminkan oleh peningkatan pengeluaran industri dan eksport dan telah
menghasilkan pertumbuhan KDNK yang lebih baik di beberapa negara maju. Bagi
negeri Selangor, jangkaan pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2010 adalah dianggarkan
dalam sekitar 2% – 3% berbanding keadaan yang menguncup pada tahun 2009.
Kerajaan sangat optimis bahawa pertumbuhan ekonomi negeri Selangor bagi 5 tahun
yang akan datang akan meningkat dan kekal positif melalui pelbagai inisiatif yang
diperkenalkan oleh Kerajaan. Inisiatif kerajaan bagi menggiatkan lagi pertumbuhan
ekonomi negeri termasuklah :-
i) Menggalakkan penglibatan pihak swasta bagi memacu pertumbuhan ekonomi
negeri;
ii) Melaksanakan amalan ketelusan (transparency) dalam semua peringkat
pentadbiran;
iii) Merangka perbelanjaan dengan berkhemah dan tiada pembaziran;
iv) Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian agensi dan anak syarikat
Kerajaan;
v) Meningkatkan jumlah pelaburan pelabur-pelabur sedia ada serta menarik
pelaburan baru ke negeri Selangor.
Tumpuan utama akan diberi kepada sektor-sektor perdagangan dan perkhidmatan
seperti logistik, kewangan dan ICT. Sektor perkhidmatan ini dianggar akan tumbuh
positif dan memberi sumbangan yang lebih tinggi kepada KDNK negeri Selangor.
Pertumbuhan ini akan dipacu oleh kecergasan aktiviti subsektor komunikasi, kewangan,
insurans, perdagangan borong dan runcit dan yang berkaitan dengan sektor
perkhidmatan. -
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk merealisasikannya?
Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah yang proaktif dalam merangka dan
merencanakan pembangunan Negeri Selangor. Secara dasarnya, Kerajaan Negeri
Selangor telah merangka satu pelan pembangunan jangka panjang dalam pembentukan
ekonomi negeri yang mapan pada ,asa hadapan dengan mewujudkan “Hala Tuju
Perancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025”.
Pelan Perancangan pembangunan ini telah dibentuk berdasarkan wawasan dan usaha
Negeri Selangor melalui pendekatan yang lebih komprehensif dan holistik iaitu
pembangunan yang menggabungkan semua aspek-aspek ekonomi, sosial, fizikal dan
spiritual. Prinsip asas yang menjadi teras perancangan ini adalah dengan memberi
penekanan terhadap pembangunan yang seimbang dengan menetapkan nilai
kerohanian dalam sebarang perancangan pembangunan di samping memastikan
penjagaan dan pengekalan alam sekitar.
Kerajaan Negeri telah memulakan langkah pertama dalam merealisasikan pelan
pembangunan jangka panjang tersebut dengan satu suntikan penjanaan semula
ekonomi melalui pelancaran Pakej Rangsangan Ekonomi pada bulan Mac 2009 yang
lalu. Senarai projek-projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi ini adalah seperti
berikut :-
i) Projek pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang dan kawasan sekitarnya;
ii) Penstrukturan dan penyusunan semula industri perkhidmatan air negeri;
iii) Projek pembaharuan bandar;
iv) Pembangunan semula projek-projek terbengkalai;
v) Perluasan dan penyusunan rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam;
vi) Program melipatgandakan hasil padi.
Pakej Rangsangan Ekonomi ini berperanan untuk meningkatkan ekonomi Negeri
Selangor dengan pertambahan pelaburan dari dalam dan luar negara, peluang-peluang
pekerjaan dan pengurusan sumber dengan lebih berkesan agar impak dan
keberkesanan pelan perancangan yang telah dibentuk tercapai. Kerajaan Negeri telah
menyasarkan kemasukan pelaburan bernilai lebih