Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

194) PERTUKARAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PBT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan juga bercadang untuk melibatkan wakil rakyat dalam menentukan pertukaran pegawai-pegawai kanan dalam PBT?

    Pada masa sekarang Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk melibatkan Wakil
    Rakyat dalam proses pertukaran Pegawai Kanan di Pihak Berkuasa Tempatan
    (PBT). Ini adalah kerana prosedur yang dijalankan di dalam proses ini adalah
    prosedur perkhidmatan yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan
    Awam. Ia dilakukan dengan teliti dan menepati syarat-syarat Pekeliling tersebut.
    Dasar pertukaran ini dilakukan untuk mencapai beberapa objektif yang telah
    digariskan seperti di bawah :-
    i. Menimba pengalaman baru
    ii. Mendapat suasana tempat kerja yang baru
    iii. Mengadaptasi kemahiran dan budaya kerja yang baru
    iv. Memberi buah fikiran dan pandangan yang bernas untuk membantu PBT
    dalam menyelesaikan masalah
    v. Pertukaran kerja (rotation of job)
    vi. Mengurangkan risiko berlaku gejala rasuah dan salah guna kuasa
    Selaras dengan objektif yang tersebut di atas pihak Kerajaan Negeri hanya
    menekankan aspek pertukaran bagi Jawatan dan Gred yang sama dan tidak
    melibatkan skim perkhidmatan yang berbeza. Pelaksanaan dasar ini diharapkan
    dapat mencapai hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat semua PBT dapat
    melaksanakan arahan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat. Malah pertukaran
    ini juga memberi peluang kepada semua PBT untuk menggunakan kepakaran.
    Pegawai-pegawai Kanan tersebut dalam menyampaikan perkhidmatan yang
    berkesan kepada rakyat.

  2. Bagaimanakah dasar ini dapat memanfaatkan kerajaan negeri dari segi prestasi dan kualiti kerja PBT?

Lampiran

Tiada Lampiran.