Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
56) PERTUKARAN PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun:
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pegawai Kewangan Negeri Selangor telah diarah bertukar ke salah sebuah kementerian di Putrajaya dengan diberi kenaikan pangkat. Pertukaran berkuatkuasa pada 15 Oktober 2012. Pegawai berkenaan enggan melaksanakan arahan pertukaran itu. Pejabat Menteri Besar pula mengemukakan rayuan demi rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan menteri yang bertanggungjawab. Mengapa pegawai berkenaan enggan mematuhi arahan pertukaran walaupun atas dasar kenaikan pangkat?
-
Apakah implikasi keengganan beliau mematuhi arahan pertukaran terhadap peluang kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan di negeri ini?
-
Tidakkah tindakan pegawai kanan tersebut meninggalkan contoh yang tidak baik kepada anggota perkhidmatan awam di negeri ini?