Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

191) PERTUKARAN NAMA TAMAN PERUMAHAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bersetuju menukarkan nama Taman Perumahan Angkasa, Bandar Mahkota Banting kepada Taman Brooklands di atas permintaan ramai oleh penduduk yang berupa juga bekas peladang Brooklands?

    Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan  dan  Pelan  Pembangunan  Kali  ke  11/2002 bertarikh 19 November 2002 telah meluluskan nama Bandar Baru Brooklands.

    Pada 6 Julai 2005, pihak Majlis telah menerima permohonan untuk menukar nama Bandar Baru Brooklands kepada Bandar Mahkota Banting daripada pihak pemaju.

    mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perancangan dan Pelan Pembangunan Kali ke 11/2005 bertarikh 17 November 2005 telah bersetuju menukar nama Bandar Baru Brooklands kepada nama Bandar Mahkota Banting.

    Sehingga kini, pihak Majlis tidak menerima sebarang permohonan untuk menukar nama tersebut kepada Taman Brooklands.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.