Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

120) PERTUKARAN HAKMILIK SECARA TIDAK SAH TANAH KAMPUNG MASJID SUNGAI BULOH OLEH TETUAN ATLAW HOUSING SDN. BHD. KEPADA YAN FOOK SOON

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah pertukaran hakmilik itu boleh berlaku tanpa ditandatangani oleh Likuidator?

    Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah membuat semakan ke atas proses pindahmilik di antara Tetuan Atlaw Housing Sdn. Bhd. kepada Yan Fook Soon, di mana pindahmilik tersebut didaftar pada 23 Julai 2012 melalui No. Perserahan 76078/2012. Semakan tersebut juga mendapati semasa urusan pindahmilik ini dibuat, semua syarat-syarat dan prosedur dipatuhi seperti yang ditetapkan di dalam Kanun Tanah Negara (KTN)

  2. Apakah Kerajaan Negeri akan menggunakan peruntukan Seksyen 340 (2) Kanun tanah Negara 1965 bagi membatalkan pertukaran nama tersebut?

    Seksyen 340 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 adalah melindungi pemilik berdaftar hartanah secara pendaftaran, di mana pendaftaran tersebut tidak boleh disangkal. Walaubagaimanapun, terdapat keadaan-keadaan tertentu yang membolehkan pendaftaran hakmilik tersebut dicabar apabila dibuktikan berlakunya perkara-perkara seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 340(2) KTN iaitu:

    • The title or interest of any such person or body shall not be indefeasible –
    • in any case of fraud or misrepresentation to which the person or body, or any agent of the person or body, was a party or privy; or
    (b)       where registration was obtained by forgery, or by means of an insufficient or void instrument; or
    • where the title or interest was unlawfully acquired by the person or body in the purported exercise of any power or authority conferred by any written

    Walaubagaimanapun, merujuk kepada kes ini, pindahmilik di antara Tetuan Atlaw Housing Sdn. Bhd. kepada Yan Fook Soon telah berlaku pada 23 Julai 2013, di mana pada masa tersebut tidak terdapat elemen-elemen seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 340(2) seperti di atas. Oleh yang demikian, Seksyen 340(2) tidak boleh dipakai dalam kes ini melainkan jika telah dibuktikan perkara-perkara di bawah Seksyen tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.