Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

140) PERTOLONGAN KEPADA PESAKIT COVID-19 DARI SEGI TRANSPORTASI DAN TEMPAT KUARANTIN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Persekutuan kini tidak menyediakan Pusat Kuarantin dan pengangkutan awam yang mencukupi untuk para pesakit yang ingin ke CAC atau Pusat Kuarantin. Apakah terdapat sebarang inisiatif daripada Kerajaan Negeri bagi memudahkan isu-isu yang dihadapi seperti ini oleh pesakit COVID-19?

    Kerajaan Negeri telah dilantik sebagai Pengerusi Bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam mengoperasikan PKRC Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang iaitu PKRC awam bagi zon tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka). Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) juga telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membuat penilaian ke atas permohonan pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Swasta (PKRCS), seterusnya meluluskan pengoperasian PKRCS yang dikendalikan oleh operator kesihatan swasta bagi membantu meringankan beban PKRC Awam. Sehingga 5 Ogos 2021, 6 buah PKRCS telah diluluskan beroperasi seperti berikut :

    PKRC

    1. Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Sepang

    (Kapasiti : 3,946)

    PKRCS

    1. The Club, Hotel Saujana Subang (Kapasiti : 350 orang)
    2. Hotel Royale Chulan Damansara (Kapasiti : 350 orang)
    3. Hotel Bangi Resort (Kapasiti : 630 orang)
    4. Hotel Concorde, Shah Alam (Kapasiti : 350 orang)
    5. Hotel Geno Subang (Kapasiti : 350 orang)
    6. Hotel Empire Subang (Kapasiti : 350 orang)

    Kerajaan Negeri turut membantu menyediakan pengangkutan Bas Smart Selangor untuk membawa pesakit COVID-19 setelah melalui pemeriksaan di CAC ke PKRC MAEPS, Serdang

    BGNS telah menyelaras bantuan kenderaan untuk membawa pesakit COVID-19 dari CAC ke PKRC MAEPS, Serdang dengan kekuatan seperti berikut :

    1. Bas 40 Seater
    2. Bas 20 Seater
    3. Van

    Kenderaan yang digunakan merupakan aset-aset sedia ada di Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan, serta agensi-agensi Kerajaan yang lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.