Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
225) PERTINDIHAN HAK MILIK TANAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kaedah yang sesuai untuk mengawal supaya tiada pertindihan permohonan tanah?
Bagi mengawal pertindihan permohonan tanah, setiap permohonan yang dikemukakan ke Pejabat Tanah Daerah (PTD) akan disahkan terlebih dahulu oleh Juru Teris melalui Pelan ‘Charting’ dan fail-fail terdahulu berkaitan tanah tersebut. Seterusnya, Penolong Pegawai Tanah (SO) di PTD akan membuat siasatan ke atas tanah yang berkenaan dan akan menyediakan laporan tanah untuk pengesyoran.
-
Apakah tindakan daripada pihak kerajaan untuk memperbetulkan dan menyelesaikan nombor geran pada hak milik tanah?
sesuai untuk dilaksanakan bagi memperbetulkan dan menyelesaikan nombor geran pada hakmilik tanah tersebut, iaitu:
- Kerajaan Negeri akan membuat pengukuran semula tanah di Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) sekiranya pertindihan tersebut melibatkan persempadanan tanah; atau
- Kerajaan Negeri boleh juga mengarahkan agar pemilik-pemilik yang terlibat dengan pertindihan menyerahkan semula tanah kepada kerajaan melalui Seksyen 197 KTN dan memberi milik semula di bawah Seksyen 76
-
Apakah peranan ketua kampung untuk menyelesaikan isu permohonan tanah?
Bagi membantu menyelesaikan isu permohonan tanah, Ketua Kampung boleh berperanan sebagai pemudah cara atau orang tengah di antara pihak Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan pemohon tanah. Di samping itu, Ketua Kampung juga boleh bekerjasama dengan pihak PTD dalam menjalankan siasatan dan proses permohonan tanah-tanah di kawasan seliaan