Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
68) PERTANIAN ORGANIK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan sehingga kini dan akan datang dalam penggunaan Pertanian Organik dalam menghasilkan produk pertanian di Selangor?
Usaha-usaha yang diambil dalam memperkenalkan amalan pertanian organik adalah seperti berikut:
- Perlaksanaan petak demonstrasi. Terdapat 39 petak demonstrasi telah dilaksanakan yang mendapat kunjungan sebanyak 5,956 pengunjung sepanjang tahun 2013.
- Meningkatkan jumlah ladang yang mendapat sijil Skim Organik Malaysia (SOM). Sehingga kini terdapat tiga puluh (30) ladang organik yang telah mendapat sijil SOM. Daripada jumlah ini, lima belas (15) usahawan tani dalam proses pensijilan semula. Bagi permohonan baharu, lapan (8) dalam peringkat proses pensijilan (pemeriksaan ladang bagi pensijilan SOM) dan dua (2) permohonan baharu pensijilan SOM.
- Program latihan kepada petani. Sebanyak 352 latihan telah diadakan yang melibatkan 10, 319 orang petani sepanjang tahun 2013. Program-program latihan ini termasuk amalan tanaman secara natural farming dan penggunaan bahan-bahan mesra alam.
- Penubuhan bengkel-bengkel pembuatan produk natural farming. Sehingga kini terdapat dua belas (12) bengkel pengeluaran produk natural farming secara organik di Selangor yang kebanyakannya tertumpu di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam (kawasan padi).
-
Senaraikan hasil pertanian yang dipasarkan menggunakan kaedah pertanian organik.
Untuk makluman, sehingga kini terdapat tiga puluh (30) ladang organik dengan keluasan 124.33 hektar yang berdaftar dan mendapat sijil SOM. Produk pertanian organik adalah seperti berikut:
Bil Jenis tanaman Keluasan (ha) 1 Cendawan 20.30 2 Buah mata naga (pitaya) 40 3 Sayuran – sawi, kalian, bayam, kangkung, timun, kacang panjang, terung dan bendi 31.51 4 Herba – mas cotek, misai kucing, aloe vera, belalai gajah, serai wangi dan hempedu bumi 4.32 5 Buah-buahan – durian, nangka, cempedak, mangga, pisang, limau dan tembikai 23.20 6 Keledek 5 JUMLAH 124.33 Tujuh belas (17) usahawan memasarkan sendiri produk dan juga menggunakan khidmat orang tengah. Tujuh (7) usahawan memasarkan sendiri produk mereka. Empat (4) usahawan hanya menggunakan khidmat orang tengah bagi pemasaran dan dua (2) usahawan mengeksport produk mereka ke luar Negara.