Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
238) PERTANIAN MODEN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan penggunaan teknologi untuk industri pertanian?
Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta dalam tempoh RMK12 (2021-2025) untuk Program Pembangunan Inovasi dan Teknologi Pertanian melalui melalui Jabatan Pertanian.Program ini bertujuan untuk membudayakan inovasi yang boleh membantu mengurangkan kos operasi, menghasilkan teknologi mesra alam dan penciptaan peralatan / teknologi tanaman atau makanan yang boleh meningkatkan kecekapan dan Bagi menggalakkan reka cipta dan inovasi dalam sektor pertanian makanan, Jabatan turut memperuntukan insentif untuk projek inovasi pertanian yang berpotensi serta mempunyai nilai komersial.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedia bekerjasama dengan para pemain industri khususnya yang menyediakan teknologi pertanian terkini untuk diperkenalkan kepada petani. Oleh itu, pihak Jabatan Pertanian telah memperkenalkan program pemerhatian bersama pihak luar (Participatory Observation) yang mempunyai teknologi atau inovasi terkini berkaitan sektor tanaman makanan bagi tujuan pengumpulan maklumat, sebelum teknologi tersebut disahkan dan disebarluas kepada petani.
Selain itu, mana-mana teknologi yang di lihat berkesan di dalam membantu meningkatkan produktiviti petani, pihak jabatan akan menyalurkan maklumat dan kemudahan tersebut melalui program pengembangan pertanian dimana pemindahan teknologi adalah secara teori, amali atau pemberian insentif input serta peralatan kepada golongan sasar.
-
Adakah Kerajaan telah mengenalpasti industri pertanian yang boleh difokuskan khususnya yang berpotensi memberi pulangan yang tinggi sesuai dengan kawasan-kawasan pertanian yang telah tersedia?
Bagi sektor tanaman makanan, kerajaan negeri melalui Jabatan pertanian memberi fokus kepada projek-projek bernilai tinggi atau di kenali sebagai HIP (High Impact Project). Projek HIP ini melibatkan Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Projek Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani, Projek Pembangunan Fertigasi serta projek-projek sumber kekayaan baharu seperti durian, nanas, kelapa dan tanaman makanan ternakan. Pihak Kerajaan Negeri Selangor juga telah menyediakan peruntukan untuk pembangunan semua projek yang dinyatakan tersebut dalam RMK 12 (Tahun 2021-2025).
Bil. Program Pembangunan Peruntukkan RMK12 (2021-2025) 1. Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan RM9.5 juta 2 . Pembangunan Produk Hiliran Pertanian RM6.5 Juta 3 . Pembangunan Tanaman Buah-Buahan RM1.2 Juta 4 . Pembangunan Tanaman Kelapa RM3 Juta 5 . Pembangunan Teknologi Fertigasi RM7.5 Juta 6. Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan RM322,000.00 Seterusnya kerajaan negeri juga membangunkan modal insan yang mahir dalam bidang teknologi terutama teknologi IR4.0 iaitu penggunaan Dron untuk kawalan perosak, penyakit dan pembajaan, selain itu kerajaan negeri juga mempergiatkan usahasama dengan pemain industri untuk melatih anak muda tempatan di dalam bidang teknologi ini.