Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

26) PERTANIAN MODEN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah konsep dan rancangan yang terkandung dalam sektor pertanian moden?

    Konsep pertanian moden di negeri Selangor dilaksanakan khusus mengambil
    kira beberapa kekangan utama yang dihadapi negeri Selangor dalam
    meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Kekangan dan teknologi yang
    digunakan adalah seperti berikut:
    • Kekurangan tanah pertanian yang baik untuk diusahakan. Seperti yang
    diketahui negeri Selangor mempunyai tanah marginal yang kurang sesuai
    untuk aktiviti pertanian seperti tanah gambut, tanah asid sulfat dan juga tanah
    jenis pasir lombong. Kaedah pertanian moden yang memerlukan
    penggunaan peralatan dan mesin moden bagi mengatasi masalah ini.
    Kaedah pertanian yang moden seperti kaedah pembajaan yang lebih baik
    serta sistem pengairan moden. Cara pertanian yang moden seperti
    penggunaan teknik pertanian Fertigasi juga dapat menyelesaikan masalah
    tanah yang kurang subur.
    • Kekurangan tenaga kerja kerana persaingan dari industri lain. Penggunaan
    jentera dan peralatan pertanian moden dapat mengurangkan
    kebergantungan kepada tenaga buruh yang tinggi. Penggunaan kaedah
    pertanian yang lebih cekap bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan
    bagi setiap kawasan tanaman.
    • Penggunaan benih yang baik hasil dari R&D yang lebih cekap juga
    membantu dalam usaha memodenkan pertanian Negeri Selangor.

  2. Apakah rancangan untuk memajukan atau membantu sektor pertanian konvensional melalui transformasi ke pertanian moden?

    Rancangan untuk memajukan sektor pertanian moden Negeri Selangor adalah
    antaranya dengan memberi insentif kepada pengusaha yang mengamalkan
    kaedah pertanian baik dan lebih moden. Kerajaan Negeri Selangor juga
    menerapkan kepentingan kaedah pertanian yang lebih moden dalam pelan induk
    pertanian negeri Selangor. Pengusaha-pengusaha besar yang mampu
    menggunakan kaedah moden dalam pertanian juga diberi galakan untuk melabur
    dalam industri pertanian di Selangor.

  3. Berapakah jumlah peruntukan digunakan untuk pembangunan sektor pertanian moden bagi tahun 2008,2009?

    Jumlah peruntukan yang digunakan dalam membangunkan sektor pertanian
    moden pada tahun 2008 dan 2009 adalah seperti berikut:
    Projek Tahun 2008
    (RM)
    Tahun 2009
    (RM)
    Pembangunan Taman Agroteknologi 2,000.000 3,930,000
    Pembangunan Tanaman Makanan 5,450,000 4,720,000
    Memajukan Tanaman Industri 683,360 400,000
    Pembangunan Industri Bunga 700,000 850,000
    Memajukan Industri Asas Tani 800,000 900,000
    Pembangunan Perladangan Bersepadu 700,000 1,000,000
    Pembangunan Teknologi Maklumat 200,000 200,000
    Perkhidmatan Pengembangan dan
    Perundingan
    816,000 700,000
    Pengurusan Tanah Bermasalah 400,000 200,000
    Jumlah 9,751,360 12,900,000

Lampiran

Tiada Lampiran.