Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

153) PERTANIAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sumbangan Kerajaan Negeri khususnya di kawasan saya iaitu Sawah Sempadan?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Selangor menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada kawasan penanaman padi khususnya di kawasan Sawah Sempadan melalui program peningkatan hasil padi.

  2. Adakah bantuan seperti baja, benih dan jentera diberikan?

    Bantuan-bantuan daripada kerajaan Negeri yang telah diberikan adalah seperti berikut:

    • Bantuan tanaman padi variety MR 297 dan benih padi Bayer Seed Grow secara transplanting (RM175,600 )
    • Bantuan baja padi (RM335,000)
    • Bantuan racun makhluk perosak (RM520,000)
  3. Adakah penambaikan dibuat dari masa ke semasa dari segi kualiti benih dan baja kepada petani?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian sentiasa memastikan kualiti baja dan benih yang dibekalkan melalui program peningkatan hasil padi adalah berkualiti dan terjamin. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah mensyaratkan pembekal baja menghantar sampel baja mereka untuk diuji daripada makmal yang diekreditasi oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian juga mengawal pengeluaran benih padi sah bermula daripada pemilihan lot sawah, pemeriksaan lot sawah benih (sekurang-kurangnya 3 kali sepanjang tempoh penanaman padi) dan pemeriksaan di makmal sampel benih yang diambil selepas tuai.

Lampiran

Tiada Lampiran.