Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

119) PERTANIAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menjadikan Selangor sebagai negeri pengeluaran makanan utama di Malaysia?

    Selangor bercadang menjadi sebuah negeri maju dalam pelbagai bidang termasuk dalam sektor pertanian selari dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian memfokuskan kepada teknologi pertanian seperti teknologi tanaman secara fertigasi, plant factory, pembangunan agro bandar, menjadikan Selangor sebagai hub pemasaran dan pelbagai program yang menggunakan teknologi terkini.

  2. Sejauh manakah Kerajaan Negeri telah membantu petani-petani di Selangor supaya celik di dalam bio-tech

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian menyediakan latihan dan kursus bagi petani yang berminat dalam bidang bioteknologi. Di samping itu juga, Jabatan Pertanian mempunyai skim galakan bagi inovasi dan penyelidikan bioteknologi yang boleh dipohon oleh petani.

Lampiran

Tiada Lampiran.