Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

151) PERTANIAN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berpakah jumlah tanah berstatus pertanian yang telah ditukarkan status kepada lain-lain tujuan seperti industri dan kediaman di Negeri Selangor sehingga kini?

  2. Apakah usaha dan langkah yang telah diambil bagi membantu para petani menangani kesan kenaikan harga bahan-bahan untuk pertanian seperti biji benih, baja dan racun serta upah pekerja?

    Kerajaan Negeri mengambil maklum berkenaan situasi ini dan antara usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah:

    • Memberikan insentif input pertanian seperti baja, bahan pengairan dan saliran serta bahan kawalan perosak dengan nilai insentif berjumlah RM 8,188,000.00.

     

    • Menggalakkan penggunaan bahan organik dan semi organik iaitu sumber asas adalah bahan mentah tempatan. Ini akan dapat mengurangkan kos bahan input kimia yang telah meningkat di pasaran.

     

    • Memberikan perkhidmatan pemindahan teknologi melalui kursus, penggunaan loT, dron dan penggunaan jentera yang bersesuaian. Melalui penggunaan teknologi terkini akan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja

Lampiran

Tiada Lampiran.