Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
190) PERTANIAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peningkatan pendapatan hasil pertanian di era pemerintahan pakatan rakyat jika dibandingkan dengan Kerajaan dahulu?
Bagi tahun 2011 pendapatan kasar setiap petani secara purata adalah RM28,653.37 setahun (RM2,387.78 sebulan) berbanding pendapatan kasar petani pada tahun 2007 iaitu RM10,075.00 setahun (RM839.60 sebulan). Secara perbandingan peningkatan pendapatan kasar adalah sebanyak 184%.
-
Apakah perancangan atau sasaran pertanian di Negeri Selangor?
Bagi perancangan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) Jabatan Pertanian telah memberi keutamaan terhadap pembangunan komoditi utama seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman industri, tanaman herba dan rempah ratus, florikultur serta industri asas tani. Strategi Kerajaan Negeri dalam pembangunan pertanian di Negeri Selangor adalah menambah keluasan tanaman dan meningkatkan produktiviti ladang di samping mempergiatkan usaha membangunkan kawasan-kawasan tanah bermasalah dan terbiar.
Proses pemodenan pertanian terus dilaksanakan dengan mewujudkan kawasan pembangunan, pengurusan organisasi petani yang lebih tersusun melalui pengurusan berpusat, projek pertanian berkelompok, unit peladang, syarikat dan estet mini dimana yang sesuai. Penggunaan pakej teknologi yang disyorkan akan terus ditingkatkan selaras dengan kemajuan sektor perkilangan, pemprosesan dan pembuatan. Ini adalah untuk memastikan peningkatan produktiviti dan kualiti hasil pertanian yang selamat dan mampu bersaing dengan barangan import.
Perancangan dan sasaran hasil dan nilai pengeluaran pertanian mengikut kategori tanaman oleh Jabatan Pertanian bagi tempoh RMKe-10 (2011-2015) adalah seperti berikut :
Perancangan dan sasaran pengeluaran hasil pertanian adalah seperti berikut bagi RMKe-10 (2011 – 2015) Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Bil Projek Luas (Ha) Hasil (Metrik tan) Nilai (RM) Juta
1 Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) 1,367.85 115,500.00 118,000.00 2 Tanaman Padi 18,190.58 1,033,224 1,549,837 3 Buah-buahan (kawasan baru & pemulihan kawasan sedia ada)
566.25 7,575.00 15.15 4 Sayur-sayuran (kawasan baru) 192.00 3,840.00 7.70 5 Kelapa (tanam semula & pemulihan kawasan sedia ada) 515.00 6,250.00 5.00 6 Umbisi (kawasan sedia ada) 623.00 12,460.00 6.23 7 Florikultur 280.00 1,215 15.91 8 Industri Asas Tani 915 usahawan 56,900.00 512.50 Jumlah Besar 21,734.68 1,236,964.00 1,668,399.50