Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

10) PERTANIAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha sokongan Kerajaan Selangor bagi memastikan nasib golongan petani (padi) terbela dari sudut pendapatan bulanan?

    Antara usaha kerajaan bagi memastikan nasib golongan petani padi terbela dari sudut pendapatan bulanan adalah melalui pelaksanaan Program Natural Farming di kawasan Barat Laut Selangor. Konsep program ini adalah membimbing pesawah melalui kumpulan-kumpulan kecil untuk menggunakan aset setempat secara optimum kearah melaksanakan pertanian secara lestari disamping menjana pendapatan tambahan.Program ini juga merupakan salah satu strategi kearah peningkatan hasil padi.

    Sehingga tahun 2013, sebanyak 15 Pusat Komuniti Pertanian Lestari (Natural Farming) yang telah ditubuhkan  di kawasan barat laut dan seramai 124 petani telah terlibat dalam program ini. Program ini mampu menjana purata pendapatan tambahan sebanyak RM 1000 sebulan untuk petani dan pesawah yang terlibat hasil penjualan produk-produk Natural Farming yang dinamakan Sri Anak, Sri Bunga, Sri Buah.

  2. Apakah insentif kerajaan kepada golongan belia yang berminat dan telah berusaha menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan?

    Golongan belia yang berminat untuk mengusahakan bidang pertanian, boleh memohon insentif melalui program-program berikut:

    BUTIRAN (KOD) PROGRAM
    01000 Pembangunan Taman Agroteknologi (TKPM)
    02000 Pembangunan Tanaman Makanan

    -Projek Padi, Sayur, Buah, Kelapa, Tanaman Ladang

    03000 Pembangunan Tanaman Industri

    -Projek Nanas, Umbisi

    04000 Pembangunan Industri Bunga dan Tanaman Hiasan

    -Projek orkid dan bunga-bungaan dan nurseri

    05000 Pembangunan Industri Asas Tani
    10000 Pembangunan Pertanian Bersepadu

    -Projek cendawan, integrasi lebah, herba

    12000 Perkhidmatan Pengembangan dan Perundingan

    -Program latihan petani, seminar, kursus

    13000 Pembangunan Tanah Bermasalah

    -Pembangunan pertanian di tanah gambut, asid sulfik, bekas lombong

    14000 Pembangunan/Pengurusan Tanah Terbiar

    -Pembangunan projek pertanian di tanah individu yang telah terbiar melebihi 3 tahun.

     

     

    Maklumat Tambahan:

    Berikut adalah kadar insentif yang ditawarkan bagi setiap program kecuali Program 12000

    (Program 12000 adalah program latihan, peruntukkan tidak diberi kepada pemohon)

    Kod

    Projek

    Nama

    Projek /

    Subprojek

    Kadar Pembiayaan Spesifikasi bantuan
    01000 Pembangun an Taman Kekal

    Pengeluaran

    Makanan

    (i)    Pembangunan TKPM Baru
    RM

    20,000.00/ha

    Pembersihan dan penyediaan tapak

    (termasuk pengukuran dan pembahagian lot, penyiasatan tanah dan kerja-pemuliharaan tanah), kemudahan jalan (jalan masuk dan jalan ladang), kemudahan perparitan, kemudahan utiliti (elektrik dan air), pejabat ladang, peralatan kejenteraan pertanian, pagar sempadan projek, penyediaan laporan EIA dan peralatan ICT.

    (ii)       Penyediaan kemudahan sistem penanaman secara terkawal
    RM

    75,000.00/ha

    Struktur pelindung berjaring
    RM

    750,000.00/ha

    Struktur pelindung hujan beserta kaedah fertigasi
    (iii)      Menaiktaraf infrastruktur dan menyediakan kemudahan bagi TKPM sedia ada
    RM 500.00/ha infrastruktur di TKPM sediaada seperti jalan ladang, perparitan dan sistem pengairan
    RM

    20,000.00/ha

    kemudahan seperti stor SALM
    (iv)     Baik pulih kesuburan tanah
    RM 2,000.00/ha pembelian baja organan dan pembinaan bangsal serta bahan penyediaan kompos

     

    Kod

    Projek

    Nama

    Projek /

    Subprojek

    Kadar

    Pembiayaan

    Spesifikasi bantuan
    02000 Pembangunan Tanaman Makanan
      01-Projek

    Tanaman

    Padi

    (i)      Pengamalan Pakej Teknologi Padi Terkini
    RM 1,500.00/ha jentera penanaman (transplanter)
    (ii)     Perladangan Persis
    RM 30,000.00/ tahun Mewujudkan model Perladangan Persis dengan memberi penekanan kepada Amalan Pertanian Baik termasuk membangun dan menilai teknologi pengurusan tanaman padi.
    (iii)    Pengurusan Perosak Bersepadu
    RM 300,000.00/ tahun pengurusan perosak dan penyakit tanaman padi secara bersepadu dengan penumpuan kepada kawasan berlaku wabak (outbrake)
    (iv)    Automasi dan mekanisasi
    RM 400,000.00/ tahun perolehan mesin, jentera dan peralatan yang dapat mempercepat dan memudahkan operasi ladang. Pembelian mesin-mesin terkini berdasarkan perkembangan teknologi semasa.
    (v)   Pembangunan institusi petani
    RM 370,000.00/ tahun modal insan dan meningkatkan keupayaan R & D pegawai dan petani dalam sektor tanaman padi melalui latihan amali dan teori oleh pakar. Juga melalui kursus, hands-on, lawatan, seminar dan sesi kerja.
    (vi)   Perolehan peralatan saintifik
    RM 100,000.00/ tahun Peralatan ini membantu aktiviti kutipan data dan pertanian persis  melalui penggunaan peralatan seperti Leaf Color Chart, pH meter, Auger dan SPAD Meter with Data Logger atau peralatan terkini berdasarkan

    perkembangan teknologi semasa

     

        (vii) Pengurusan Berpusat Padi
    RM 300,000.00/ tahun Menggalakkan pesawah dalam satu kawasan atau blok untuk bergabung dan  berfungsi sebagai satu unit pengeluaran supaya semua aktiviti berkaitan tanaman padi dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan. Petani akan diberi insentif berdasarkan kecekapan pengurusan yang mematuhi 10 faktor penentu meningkatkan hasil padi. insentif dalam bentuk dana pengurusan.
      02-Projek

    Tanaman

    BuahBuahan

    (i)     Pakej Teknologi Buah-buahan Kawasan Baru
    RM

    10,000.00/ha

    Fokus tanaman adalah betik, pisang dan tembikai dan belimbing; Insentif amalan teknologi pertanian merangkumi penyediaan kawasan, sistem pengairan, saliran dan perparitan, teknologi pembajaan, teknologi kawalan perosak tanaman dan teknologi pasca tuai.
    (ii)    Pakej Teknologi Buah-buahan Kawasan Sediada
    RM 8,000.00/ha Fokus tanaman adalah durian, rambutan, mangga, belimbing, dan manggis. Insentif amalan teknologi pertanian merangkumi penyediaan kawasan, sistem pengairan, saliran dan perparitan, teknologi pembajaan, teknologi kawalan perosak tanaman, teknologi pasca tuai dan penggantian klon.
    (iii)    Pengujian dan Penyesuaian Teknologi Tanaman

    Buah-buahan

    RM

    10,000.00/ha

    Fokus tanaman adalah betik, pisang, tembikai, durian, rambutan,  dan belimbing. Insentif amalan teknologi pertanian merangkumi penyediaan kawasan, sistem pengairan, saliran dan perparitan, teknologi pembajaan, teknologi kawalan perosak tanaman dan teknologi pasca tuai.

     

      03-Projek

    Tanaman

    Industri

    Sayuran dan

    Tanaman

    Ladang

    (i)    Pakej Teknologi Sayur-Sayuran Komersil Kawasan sediaada.
    RM

    10,000.00/ha

    Fokus tanaman adalah sayur-sayuran seperti bendi, tomato, cili, terung, kacang panjang, kacang buncis, sawi, kailan, kobis, kangkung, bayam, labu, timun, petola, peria dan tanaman kontan seperti jagung, keledek, ubi kayu, halia, tebu. Insentif amalan teknologi pertanian merangkumi penyediaan kawasan, sistem pengairan, saliran dan perparitan, teknologi pembajaan, teknologi kawalan perosak tanaman dan teknologi pasca tuai.
    (ii)    Pakej Teknologi Penanaman Secara Fertigasi
    RM150,000.00/ ha Fokus tanaman tomato, cili, melon, timun. Insentif amalan teknologi pertanian merangkumi penyediaan kawasan, sistem pengairan, saliran dan perparitan, teknologi pembajaan, teknologi kawalan perosak tanaman dan teknologi pasca tuai.
    (iii)    Pakej Teknologi Ladang Organik
    RM

    10,000.00/ha

    Fokus tanaman adalah seperti bendi, cili, terung, petola, timun, sawi, kailan, kangkung, jagung, keledek, tebu, ubi kayu, padi, ulamulaman, pitaya, betik, limau, longan, jambu batu, belimbing, mangga, nangka, nenas, dokong, pisang, manggis, cempedak, rambutan. ii. Insentif amalan teknologi pertanian merangkumi penyediaan kawasan, sistem pengairan, saliran dan perparitan, teknologi pembajaan, teknologi kawalan perosak tanaman dan teknologi pasca tuai.
    (iv)    Pengujian dan Penyesuaian Teknologi Sayur-sayuran.
    RM 10,000.00/ projek Fokus tanaman adalah bendi, tomato, cili, terung, kacang panjang, kacang buncis, sawi, kailan, kobis, flokoli, salad, kangkung, bayam, labu, timun, petola, peria dan tanaman kontan seperti jagung, keledek, ubi kayu, halia, tebu, kacang tanah, sengkuang.

     

          Insentif amalan teknologi pertanian merangkumi penyediaan kawasan, sistem pengairan, saliran dan perparitan, teknologi pembajaan, teknologi kawalan perosak tanaman dan teknologi pasca tuai.
      04-Projek

    Tanaman

    Kelapa

    (i)    Penanaman Semula Kelapa
    RM 12,500.00 Tahun pertama : membiayai aktiviti penebangan, pembersihan kawasan, membina system peparitan, menambak tanah antara 2 parit (cambering), pagar, jalan ladang, input tanaman kelapa, input tanaman integrasi serta kos tenaga.
    RM 2,500.00 Tahun kedua,  ketiga dan keempat : benih sulaman (bilangan bergantung kepada bilangan anak pokok yang mati-bagi tahun kedua), baja, racun serangga, racun rumpai, input tanaman integrasi serta tenaga buruh
    (ii)   Pemulihan Kawasan Kelapa
    RM 2,500.00 Tahun pertama : benih kelapa sulaman, baja racun serangga, racun rumpai serta input tanaman integrasi.
    RM 1,500.00 Tahun kedua dan ketiga : benih sulaman (bilangan bergantung kepada bilangan anak pokok yang mati-bagi tahun kedua), baja, racun serangga, racun rumpai serta input tanaman integrasi.
    (iii)    Pemerhatian dan Promosi
          Aktiviti pemerhatian dan promosi sedang dijalankan di Pusat-Pusat Pertanian bertujuan untuk memindahkan teknologi pertanian yang bersesuaian diaplikasikan oleh petani untuk meningkatkan jumlah pengeluaran dan pendapatan petani melalui tanaman selingan kontan, pengawalan perosak/penyakit bersepadu, pengunaan teknik terbaru dan sebagainya. Peruntukkan di bawah Program Pemulihan Kelapa diguna untuk tujuan tersebut. Cadangan sub-projek Tanaman Kelapa Matag di Pusat Pertanian Parit Baru (3ha) dan Pusat Pertanian Jaya Setia (5ha).

     

    03000 Pembangunan Tanaman Industri
    01-Projek

    Tanaman

    Nenas

    RM

    10,000.00/ha

    Kawasan baru
    RM 5,500.00/ha Kawasan sedia ada
    02-Projek

    Tanaman

    Umbisi

    RM

    10,000.00/ha

    Kawasan baru
    RM 5,500.00/ha Kawasan sedia ada
    04000 Pembangun

    an Industri

    Bungaan dan Tanaman

    Hiasan

    (i)     Perladangan Mapan Bunga Keratan Orkid Secara Komersil
    RM 20,000.00/ rumah teduhan Menyediakan dan menaiktaraf kemudahan infrastruktur seperti rumah teduhan bersaiz 10 meter (lebar) X 15 meter (panjang) X 3.5 meter (tinggi) termasuk kelengkapan.
    RM 20,000.00/ peserta Menyediakan bahan Input seperti baja, racun, benih/anak pokok
    RM 10,000.00/ peserta Menyediakan kemudahan sistem pengairan termasuk pam air dan paip
    (ii)     Pengurusan Nurseri Bunga dan Tanaman Hiasan

    Secara Komersil

        RM 20,000.00/ rumah teduhan Menyediakan dan menaiktaraf kemudahan infrastruktur seperti rumah teduhan bersaiz 10 meter (lebar) X 15 meter (panjang) X 3.5 meter (tinggi) termasuk kelengkapan
    RM 10,000.00/ peserta Menyediakan bahan Input seperti baja, racun, benih/anak pokok
    RM 10,000.00/ peserta Menyediakan kemudahan sistem pengairan termasuk pam air dan paip
    (iii)    Promosi Bunga-bungaan Tanaman Hiasan
    RM 15,000.00/ rumah teduhan Menyediakan dan menaiktaraf kemudahan infrastruktur seperti rumah teduhan bersaiz 7 meter (lebar) X 12.5 meter (panjang) X 3.5 meter (tinggi) termasuk kelengkapan
    RM 5,000.00/ peserta Menyediakan bahan Input seperti baja, racun, benih/anak pokok

     

    05000 Pembangunan Industri Asas Tani
    01-

    Pemporsesa n makanan

    (i)    Peningkatan projek-projek yang sedia ada dan Projek Baru
    RM10,000.00/ usahawan Peralatan dan mesin
    RM35,000.00/ usahawan Pembinaan atau naiktaraf bengkel
    02-

    Pemprosesa n makanan

    tradisional

    (i)    Peningkatan projek-projek yang sedia ada dan Projek Baru
    RM10,000.00/ usahawan Peralatan dan mesin
    RM35,000.00/ usahawan Pembinaan atau naiktaraf bengkel
    03-

    Pembangun

    an kraftani

    (i) Peningkatan projek-projek yang sedia ada dan Projek Baru
    RM10,000.00/ usahawan Peralatan dan mesin
    RM35,000.00/ usahawan Pembinaan atau naiktaraf bengkel
    09000 04-

    Pembangun an Produk

    Baru

    (i)    Peningkatan projek-projek yang sedia ada dan Projek Baru
    RM10,000.00/ usahawan Peralatan dan mesin
    RM35,000.00/ usahawan Pembinaan atau naiktaraf bengkel
    05-

    Memajukan

    Industri Asas

    Tani (IAT)-

    Bukan

    Makanan

    (i)    Peningkatan projek-projek yang sedia ada dan Projek Baru
    RM10,000.00/ usahawan Peralatan dan mesin
    06-

    Pembangun an Makmal PKT Daerah

    RM20,000.00/ daerah Naiktaraf sistem pengajaran, mempertingkatkan keselesaan ruang pembelajaran dan penyeleggaraan bagi kemudahan asas makmal.
    07-

    Pembangun

    RM10,000.00/ usahawan Pembungkusan produk

     

        an kemudahan promosi dan pembungkus an   Pembiayaan ‘booth’ pameran dan ekspo, rak pameran, yuran penyertaan usahawan, cenderahati dan ‘doorgift’ diambilkira sebagai ujirasa dan pembangunan promosi produk.
    08-

    Pembangun an Modal insan petani/pega wai dan perolehan teknologi

    RM20,000.00/ daerah  
    Program Pembangun an

    Agropelanco ngan

    RM50,000.00/

    TKPM

    Untuk melengkapkan pelaksanaan projek pertanian komersil yang berdaya maju dan baday saing sebagai sebuah destinasi pelancongan.
    RM 10,000.00/ daerah Usahawan besar
    RM 60,000.00/ daerah Café dan homestay
       
    RM 10,000.00/ daerah Induk Industri Asas Tani sedia ada
    RM20,000.00/ daerah Induk Industri Asas Tani baru
    RM50,000.00/ daerah Dusun
    10000 Pembangunan Pertanian Bersepadu
    01-Industri perladangan bersepadu kawasan tumpuan RM 50,000.00/ projek Keluasan minima 10ha.
    02-Intergasi tanaman herba dan perhutani RM

    20,000.00/ha

    jenis herba yang  mendapat permintaan tinggi ialah  serai, mas cotek, misai kucing, pegaga, stevia, limau kasturi dan limau purut.

     

      03-

    Pembangun an sumber pertanian baru cendawan & pertanian berteknologi tinggi

    RM 20,000.00/ peserta pembinaan prasarana sokongan yang berkaitan seperti rumah cendawan, pusat penyediaan media tanaman, makmal penyediaan benih dan pusat pemprosesan makanan berasaskan cendawan
    RM 20,000.00/ projek Jenis tanaman yang dipilih ialah cili, melon, timun, tomato dan terung. insentif amalan teknologi pertanian yang merangkumi penyediaan kawasan, sistem pengairan, saliran dan perparitan, teknologi pembajaan, teknologi pengawalan perosak tanaman dan teknologi pasca tuai.
    04-

    Pembangun an sumber bahan mentah bagi industri bioteknologi

    RM 40,000.00/ projek pengeluaran benih tisu kultur yang berkualiti.
    RM 20,000.00/ projek usahawan pembuatan EM dan IMO dibantu dengan menaiktaraf bengkel-bengkel  yang sediada perlu dengan peralatan-peralatan yang bersesuaian.
    13000 Pengurusan Tanah Bermasalah
      01-Tanah

    Gambut

    RM

    30,000.00/ha

     
      02-Tanah

    Bekas

    Lombong

    RM

    25,000.00/ha

     
      03-Tanah Berpotensi asid Sulfik RM

    30,000.00/ha

     
    14000 Pengurusan

    Tanah

    Terbiar

    RM

    20,000.00/ha

    Pembangunan kawasan dan infrastruktur ladang iaitu pembersihan kawasan dan penyediaan kawasan, sistem pengairan dan saliran, jalan ladang serta insentif amalan teknologi pertanian. Meningkatkan aktiviti pasca tuai iaitu mengukuhkan rantaian pemasaran dari segi hasil kepelbagaian produk (IAT), pusat pengumpulan, penggredan dan pemasaran hasil ladang, stor, dan bengkel pemprosesan.
  3. Adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan produk pertanian mengikut daerah atau zon?

    Kerajaan melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah menetapkan produk pertanian mengikut daerah. Walaubagaimanapun, tanaman-tanaman lain juga boleh ditanam di daerah-daerah berkenaan mengikut keperluan penduduk dan pasaran setempat. Produk pertanian mengikut daerah adalah seperti berikut:

    Bil. Daerah Produk Pertanian
    1. Sabak Bernam Padi, kelapa, herba
    2. Kuala Selangor Padi, kelapa, herba
    3. Sepang Umbisi(ubi,keledek), nanas, sayur-sayuran
    4. Hulu Selangor Dusun buah-buahan, sayur-sayuran
    5. Hulu Langat Betik, belimbing, sayur-sayuran
    6. Klang Nanas, rock melon, cili
    7. Kuala Langat Nanas, umbisi (ubi,keledek),  tanaman singkat masa (jagung)
    8. Gombak/ Petaling Rock melon, cendawan, nangka

Lampiran

Tiada Lampiran.