Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
131) PERTANIAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini bidang pertanian berkonsepkan tanaman berpenghasilan tinggi bagi dalam bajet 2020?
Kerajaan Negeri telah menjalankan beberapa program dan projek pertanian berpenghasilan tinggi seperti mana yang diumumkan dalam belanjawan Negeri Selangor tahun 2020. Antaranya adalah:
-
Apakah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam sektor pertanian di Negeri Selangor bagi tahun 2020?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan sokongan kepada sektor pertanian. Jabatan Pertanian menyediakan khidmat nasihat, kursus, latihan dan bimbingan teknikal bagi pakej amalan teknologi pertanian. Petani boleh memohon bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja dan benih, mesin serta peralatan pertanian, penyediaan kawasan dan lain-lain bantuan yang diperlukan. Bagi tahun 2020, jumlah peruntukan yang disediakan adalah seperti berikut:
Bil Bentuk/jenis bantuan Nilai (RM) 1 Benih tanaman 0.5 juta 2 Baja 3.4 juta 3 Infrastruktur asas pertanian 1.7 juta 4 Mesin dan peralatan pertanian 1.3 juta Petani boleh menghubungi Jabatan Pertanian di daerah masing-masing untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan.