Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

19) PERTAMBAHAN PENDUDUK DI BANDAR PARKLANDS

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah unit Rumah Selangorku yang telah, sedang dan akan dibina di Bandar Parklands pada masa ini?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 881 unit RSKU yang perlu dibina di Bandar Parklands oleh Tetuan Gabungan Efektif Sdn. Bhd. telah pun disiapkan di dan diserahkan kunci kepada para pembeli. Pecahan mengikut fasa adalah seperti berikut :-

     

    Bil Nama Pemaju Tahun Siap Bil. Unit
    1. Fasa A6 2018 321
    2. Fasa A7 2018 240
    3. Fasa A10 2021 320
    Jumlah Unit 881
  2. Berapakah anggaran penduduk yang akan menduduki Rumah Selangorku tersebut sekiranya semua unit berjaya dijual?

    Anggaran penduduk yang akan mendiami Rumah Selangorku tersebut adalah sebanyak 3,964 penduduk setelah mengambil kira 4.5 penduduk bagi 1 rumah

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina Masjid Baru yang lebih besar di Kampung Pendamar berikutan daripada pertambahan penduduk di Bandar Parklands?

    Tidak. Terdapat satu tapak masjid di Lot 178745 Bandar Parklands seluas 3 ekar yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk Islam Bandar Parklands bagi tujuan pembinaan sebuah masjid. Sebuah surau yang telah diberi kebenaran Solat Jumaat oleh pihak JAIS telah dibina di atas tapak tersebut untuk kegunaan ahli kariah

Lampiran

Tiada Lampiran.