Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
227) PERSIMPANGAN MASUK KE JALAN HARAPAN 7 TAMAN SKI- INSTITUT MEMANDU KLANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan dan tindakan JKR bagi mengatasi masalah hotspot kemalangan di persimpangan ini?
Persimpangan masuk ke Jalan Harapan 7 Taman SKI – Institut Memandu Klang adalah di laluan Persekutuan FT05 (Simpang 3). Sehingga kini , JKR tidak menerima laporan POL27 dari pihak PDRM bagi kes kemalangan di lokasi tersebut. Walaubagaimanpun, pihak JKR akan melaksanakan kajian/banci kenderaan serta menganalisis data-data kemalangan yang direkodkan oleh PDRM sekiranya ada di persimpangan tersebut. Pihak JKR akan mengangkat permohonan kerja-kerja meningkatkan aspek keselamatan melalui program memperelok lokasi kerap kemalangan (Blackspot). Jika terdapat keperluan persimpangan tersebut akan dinaiktaraf sebagai persimpangan lampu isyarat.