Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
77) PERSIMPANGAN BERTINGKAT (FLYOVER) DI PERSIARAN ANGGERIK VANILLA DAN PERSIARAN ANGGERIK MOKARA, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah anggaran kos bagi projek ini?
Anggaran kos projek berjumlah RM97,680,000.00
-
Bagaimanakah kos projek ini boleh dikongsi dengan pemaju sekitar kawasan ini dan dari kawasan Majlis Daerah Kuala Langat? Huraikan.
Kiraan bagi pecahan perkongsian kos projek penambahbaikan yang akan dilakukan antara pemaju terlibat dibuat berdasarkan luas pembangunan, kepadatan pembangunan dan jumlah lalulintas yang akan dijana. Pecahan kos perkongsian antara pemaju tersebut akan di buat oleh IKRAM. Pihak Majlis Daerah Kuala Langat perlu menyediakan senarai nama pemaju dan bentuk pembngunan yang telah di perincikan oleh pihak Majlis Daerah Kuala Langat selepas mesyuarat penyelarasan bersama yang akan diadakan kelak
-
Bilakah wang caruman yang di pegang oleh MDKL dapat diselaraskan dengan MBSA?
Pihak Majlis Daerah Kuala Langat perlu mensyaratkan sebelum kelulusan Kebenaran Merancang diberi kepada pemaju terlibat supaya menjelaskan bayaran kepada MBSA mengikut pecahan bayaran yang akan