Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
91) PERSIMPANGAN BERTINGKAT (FLYOVER) DI PERSIARAN ANGGERIK VANILLA DAN PERSIARAN ANGGERIK MOKARA, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status bagi projek ini?
Pihak MBSA telah melantik pemborong untuk Fasa 1, kerja2 menaik taraf Bulatan Kota Kemuning (Persimpangan Persiaran Anggerik Vanila & Anggerik Mokara), tempoh projek adalah bermula dari 1 September 2017 sehingga 1 September 2018, untuk Fasa 1, melibatkan pelebaran bulatan & pemasangan lampu isyarat. Bagi pembinaan flyover ianya akan dilaksanakan di dalam Fasa ke dua yang melibatkan kos RM 25,000,000.00 juta. (JAWAPAN DARIPADA MBSA)
-
Bagaimanakah kos projek ini boleh dikongsi dengan pemaju sekitar kawasan ini dan dari kawasan Majlis Daerah Kuala Langat? Huraikan
Kerajaan Negeri perlu memainkan peranan penting dalam menyokong perancangan Majlis laksanakan kerja-kerja penambahbaikan untuk melancarkan lalu lintas di laluan utama Persiaran Anggerik Mokara bagi mewujudkan pintasan aliran trafik yang strategik antara Lebuh raya LEKAS– LKSA – Lebuh raya Shah Memandangkan kos naik taraf ini melibatkan peruntukan yang agak besar untuk ditanggung oleh pihak Majlis dan pemaju-pemaju, Kerajaan Negeri perlu juga menyokong untuk menyediakan dana peruntukan bagi menjayakan projek menaiktaraf laluan ini dan antara cadangan kos perkongsian dicadangkan adalah seperti berikut:
· Peruntukan dari Geran Kerajaan Negeri
- Kutipan Sumbangan Pembangunan Infrastruktur (ISF)
- Sumbangan dari pemaju yang telah & akan dikenalpasti
Penambahbaikan ini perlu dilakukan sekarang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas untuk jangka masa panjang agar dapat menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah di atas jalan raya, terutamanya dengan kepesatan pembangunan yang sedang dan akan berlaku pada masa hadapan di sepanjang jajaran dimaksudkan. (JAWAPAN DARIPADA MBSA)
Perbincangan diantara MBSA dan MDKL telah diadakan di mana MBSA telah mengenakan syarat kepada pemaju Bandar Rimbayu iaitu IJM untuk membina ‘flyover’ tersebut. Bagi pemaju-pemaju lain di dalam kawasan MDKL, perbincangan masih dijalankan dari semasa ke semasa. (JAWAPAN DARIPADA MDKL)
-
Bilakah wang caruman yang di pegang oleh MDKL dapat diselaraskan dengan MBSA?
Pihak MBSA telah mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama pihak Majlis Daerah Kuala Langat bagi mendapatkan maklumat mengenai pembangunan yang akan dibangunkan berhampiran sempadan pentadbiran Kuala Langat-Shah Alam yang akan menggunakan jalan pintasan melalui Persiaran Anggerik Mokara.
Pihak Majlis mengsyorkan agar pihak Kerajaan Negeri melalui MTES dapat menerajui/ merangka pelan tindakan bersama antara pihak-pihak terlibat untuk selaras projek ini dari segi mendapatkan dana peruntukan & pemantauan perkembangan projek naiktaraf laluan tersebut hingga selesai. (JAWAPAN DARIPADA MBSA)
Pada masa ini pihak MDKL tidak mempunyai wang caruman dan perbincangan lanjut bersama MBSA masih dilakukan. (JAWAPAN DARIPADA MDKL)