Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

126) PERSIARAN MOKHTAR DAHARI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk melebarkan Jalan Persiaran Mokhtar Dahari secara keseluruhannya?

    Persiaran Mokhtar Dahari adalah Jalan Negeri B49. Sebahagian jajaran jalan ini telah dinaiktaraf oleh pihak Kerajaan Negeri melalui JKR Selangor dan juga pihak pemaju. Pihak JKR Negeri Selangor mencadangkan agar baki pelebaran Persiaran Mokhtar Dahari dilaksanakan oleh pihak pemaju disepanjang jalan tersebut. Pihak JKR Negeri Selangor akan mengenakan syarat kepada pemaju dalam permohonan Kebenaran Merancang (KM) ke atas projek yang dimohon Kelulusan KM oleh pemaju.

  2. Jika ada, bilakah jangkaan perancangan ini bakal selesai?

    Jangkaan perancangan ini selesai sepenuhnya adalah tertakluk kepada perancangan dan pelaksanaan daripada pihak pemaju.

Lampiran

Tiada Lampiran.