Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
146) PERSIARAN ATMOSPERA SEKSYEN U5 – JALAN TIDAK SIAP SERTA ROSAK – KEMALANGAN TELAH MELIBATKAN KEMATIAN LEBIH 4 ORANG
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pihak/agensi manakah yang bertanggungjawab menyebabkan jalan tersebut lambat atau tidak dapat disiapkan mengikut jadual?
Jalan yang menyambungkan Persiaran Atmosfera kepada Persiaran Cakerawala adalah masih di bawah selenggaraan Worldwide Holding Berhad selaku pemaju. Penyerahan jalan tersebut kepada Majlis Bandaraya Shah Alam masih belum dilaksanakan kerana terdapat isu pendudukan di atas jajaran Persiaran Atmosfera yang sedang diselesaikan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.
-
Apakah tindakan Kerajaan yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Melalui cabutan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor yang ke 35/2018, MMKN telah bersetuju pemilik struktur kediaman yang menduduki jajaran Persiaran Atmosfera diberikan tanah gantian dan secara dasar meluluskan pelupusan secara pemberimilikan lot tanah kerajaan di Kampung Melayu Subang Tambahan, Pekan Baru Subang, Daerah Petaling. Bagi penduduk yang bukan berstatus warganegara, tawaran pembelian Rumah Selangorku di bawah kelolaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) diberikan kepada anak yang berstatus warganegara. Permohonan pemberimilikan tanah gantian kepada pemilik struktur kediaman telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor pada 13 Jun 2019 untuk diangkat ke MMKN.
-
Bilakah masalah tersebut dapat diselesaikan ?
Penyelesaian tersebut tertakluk kepada keputusan kertas MMKN.