Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

402) PERSIAPAN SUKMA 2026

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persiapan infra sukan seperti KSSA mampu disiapkan sebelum SUKMA 2026?

    Berdasarkan pelan perancangan pembangunan Komplek Sukan Shah Alam (KSSA) fasa 1 yang melibatkan pembangunan stadium utama, ianya hanya akan siap pada tahun suku tahun kedua 2027. Ini bermaksud ianya tidak dapat digunakan bagi tujuan Temasya SUKMA 2026. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti kemudahan fasiliti mahupun infra sukan lain yang dilihat mampu menjadi venue pertandingan terbaik bagi semua jenis sukan yang bakal dijalankan. Ianya akan melibatkan hampir ke semua daerah di negeri Selangor kecuali bagi Daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam memandangkan ianya agak jauh dari lokasi utama di Shah Alam / Petaling Jaya dan Klang.

  2. Adakah persiapan atlet dari sudut kontrak dan latihan akan bermula 2025?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah merangka dan akan melaksanakan beberapa langkah serta strategi dalam meningkatkan prestasi atlet serta jurulatih sukan di Negeri Selangor terutamanya sebagai persiapan kontinjen Negeri Selangor ke Temasya SUKMA 2026. Program persediaan atlet akan dibahagikan kepada 4 fasa dan akan dimulakan seawal Januari 2025. Antara strategi yang telah dirancang oleh pihak Majlis adalah dimana ke semua atlet yang disenaraikan ke program persediaan pasukan perlu / wajib untuk menandatangai kontrak ataupun surat akurjanji yang dipersetujui dalam memastikan semua peraturan / syarat / pengekalan prestasi dan pematuhan disiplin diikuti oleh atlet mahupun ibubapa / penjaga. Ini bagi memastikan atlet akan sentasa menjaga prestasi serta disiplin yang tinggi.

  3. Apakah sasaran pencapaian pada SUKMA 2026 di Selangor memandangkan kita menjadi tuan rumah?

    Kerajaan Negeri Selangor telah diberi mandat daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai Tuan Rumah bagi Temasya SUKMA 2026. Sebagai Tuan Rumah, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan agar penganjuran Temasya SUKMA 2026 ini akan menjadi penganjur yang terbaik mengikut standart penganjuran diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa serta telah menetapkan sasaran Kontinjen Negeri Selangor sebagai Juara Keseluruhan bagi Temasya SUKMA 2026.

Lampiran

Tiada Lampiran.