Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

9) PERSIAPAN SEA GAME

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan infrastruktur sukan di Selangor yang akan digunakan untuk SEA Game.

    Infrastruktur sukan di Selangor yang akan digunakan untuk SEA Game adalah

    seperti senarai berikut:-

    Bil. Sukan Venue
    1. Ragbi Stadium MBPJ, Petaling Jaya
    2. Golf The Mines Resort City Golf Club, Sri Kembangan
    3. Ice Skating Empire City, Mutiara Damansara, Petaling Jaya
    4. Tenpin Bowling Megalanes, Sunway Pyramid, Bandar Sunway

    Petaling Jaya

    5. Kriket Kinrara Oval, Bandar Kinrara Puchong
    6. Bola Sepak Stadium Shah Alam / Stadium Majlis Perbandaran

    Selayang

    Futsal Stadium Panasonic Shah Alam
    7. Hoki Ais Empire City, Mutiara Damansara, Petaling Jaya
  2. Apakah peranan Kerajaan Negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran SEA Game?

    Buat masa kini, Kerajaan Negeri tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran Sukan Sea ada kali ini. Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) berurusan terus dengan pemilik dan pentadbir bagi setiap venue.

  3. Berapakah atlet Selangor yang akan mewakili Malaysia dalam SEA Game?

    Buat masa ini, pihak Majlis Sukan Negara dan Persatuan Sukan Kebangsaan masih belum mengumumkan senarai akhir atlet secara rasmi. Atlet Selangor yang terpilih untuk latihan persediaan Sukan Sea ini adalah seramai 53 orang yang terdiri daripada sukan seperti berikut:-

    Bil Sukan Bil Atlet
    1. Perahu Layar 2
    2. Akuatik (renang, terjun, polo air, renang berirama) 15
    3. Gimnastik 4
    4. Petanque 3
    5. Bola Keranjang 7
    6. Taekwondo 2
    7. Boling Padang 1
    8. Bola Jaring 2
    9. Tenis 2
    10. Karate do 3
    11. Sepak takraw 1
    12. Hoki 2
    13. Pencak Silat 2
    14. Lawan Pedang 3
    15. Bolasepak 2
    16. Badminton 2
      Jumlah 53 orang

Lampiran

Tiada Lampiran.